Rabu, Mei 25, 2016

PROGRAM DISKUSI BUKU 3.0



[Live Update]

Sedang berlangsung Diskusi Buku 3.0 anjuran Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu di Bilik Tayangan Utama, Perpustakaan USIM. Bagi sesiapa yang berkelapangan, ayuh hadirkan diri.


Sabtu, Mei 14, 2016

PROGRAM TUISYEN ORANG ASLI SECARA BERKALA



[ LIVE UPDATE ]
14 MEI 2016
PROGRAM TUISYEN ORANG ASLI SECARA BERKALA
Kg Ulu Chembong,Rembau,NegerI Sembilan









PROGRAM KARNIVAL DAERAH NEGERI SEMBILAN 2016






[KARNIVAL DAERAH NEGERI SEMBILAN 2016]

Sedang berlangsung karnival di Surau Hidayah, Kampung Sungai Layang, Rembau. 
Ayuh kepada sesiapa yang berkelayakan untuk memeriahkan suasana. 
Kami ditempatkan di booth Sanggar Ilmu.
Mari dapatkan buku-buku koleksi dari Sinergi Ilmu dan Penerbit USIM di sini. Baucar buku diterima.









Selasa, Mei 10, 2016

PROGRAM SAMBUTAN HARI BUKU SEDUNIA 2016



[SAMBUTAN HARI BUKU SEDUNIA 2016]


 10 MEI : Pertandingan Bedah Buku Bahasa Melayu di Lobi Perpustakaan USIM.
                                 Pertandingan Bercerita (sekolah rendah) 
                                  Pertandingan Bedah Buku Bahasa Melayu. 


Tahniah kepada para pemenang dan telah terbukti ini adalah medan untuk mencungkil bakat 
baru dalam pembinaan intelektual pelajar.


 

 




Nantikan pada hari esok iaitu Pelancaran Gema Bahasa yang akan dilancarkan oleh Dato' Musa Ahmad (Naib Canselor USIM) di Lobi Perpustakaan USIM jam 9 pagi. 
Semua dijemput hadir untuk menyaksikan.

Isnin, Mei 09, 2016

PROGRAM SEMARAK ILMU SIRI 1

 


Assalamualaikum,
 Alhamdulillah syukur kepada ALLAH berakhir sudah 
program Semarak Ilmu Siri 1 Ceramah Isra dan Mikraj Menelusuri Malam Barakah oleh 
Ustaz Syed Abd Kadir Al-Joofre..
Banyak sungguh pengetahuan dan ibrah yang kami perolehi daripada ustaz..terima kasih ustaz.. Terima kasih juga yang tidak terhingga diucapkan kepada semua pihak termasuk urus setia program yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung..Maaf atas kesilapan teknikal yang berlaku sepanjang program berlangsung..Insha Allah Kita akan bertemu lagi pada Semarak Ilmu Siri 2 yang akan datang..Nantikan.. Teruskan menyokong SKIL

 






Ahad, Mei 08, 2016

PROGRAM DEWAN SYURA SISWA 2016


[DEWAN SYURA SISWA 2016]

Sedang berlangsung persidangan Dewan Syura Siswa 2016 di Dewan Senat Bangunan Canselori. Insyaallah semua perwakilan akan cuba membawa suara anda sebagai mahasiswa dan mahasiswi USIM demi kemaslahatan dan biah di USIM juga.



Sabtu, Mei 07, 2016

PROGRAM FORUM PENULIS MUDA


:: LIVE UPDATE ::

Sedang berlangsung, program ' Forum Penulis Muda ' yang menekankan tentang Sains dan Teknologi dalam karya Islam di DKP 4.
Banyak kupasan2 yg menarik drpd moderator sehinggalah perkongsian drpd para panelis.
Bagi mahasiswa/wi yang berkelapangan, masih boleh utk menghadirkan diri bagi mendengar perkongsian daripada insan2 hebat ini. Dijamin akan kepuasan ilmu dan menarik..





::DEWAN BAHASA & PUSTAKA, JABATAN PERPUSTAKAAN & SEKRETARIAT SAHABAT KEMBARA ILMU ::

Ahad, Mei 01, 2016

PROGRAM TUISYEN BERKALA BERSAMA ANAK-ANAK ORANG ASLI REMBAU


LIVE UPDATE
30 APRIL 2016
KG ULU CHEMBONG,NEGERI SEMBILAN

Alhamdulillah, selesai sudah tugasan hari ini daripada beberapa sukarelawan daripada Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu (SKIL) Usim berkongsi ilmu mengajar tuisyen kepada anak-anak orang asli di Kampung Ulu Chembong, Rembau, Negeri Sembilan.
Tuisyen ini dilaksanakan secara berkala melibatkan peringkat umur dari 7 hingga 12 tahun. Ini adalah bertujuan bagi membantu anak-anak orang asli untuk meningkatkan prestasi akademik mereka dan akhirnya berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan.
Terima kasih diucapkan kepada semua sukarelawan yang terlibat dalam membantu sesi pembelajaran tuisyen pada hari ini. Semoga ada manfaat buat semua.