Sabtu, Oktober 25, 2014

LOGO SKIL BARU

LOGO SKIL TERKINI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

- 1 Muharram 1436 / 25 Oktober 2014 -

Alhamdulillah. Secara rasminya telah diperkenalkan logo terbaru Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu USIM. 

Mohon doa semoga S.K.I.L sentiasa terus melangkah kehadapan dan dapat memberi khidmat serta sumbangan bakti kepada mahasiswa/wi  USIM sebagai salah sebuah badan pelajar di bawah Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Semoga dengan pengumuman logo SKIL yang baru pada tahun hijrah yang baru dapat menyuburkan lagi azam dan semangat yang baru kepada SKIL. 

Ayuh, bersama kita mengembangkan sayap dalam menempuhi alam perjuangan!

.:.:.:  KE ARAH MEMARTABATKAN ILMU :.:.:.

Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu
S.K.I.L

Khamis, Oktober 16, 2014

IKLAN PERTANDINGAN PANTOMIM


Jom ramai-ramai sertai program ni! Penyertaan masih dibuka lagi!!

Syarat penyertaan:

1. Jumlah peserta yang terlibat dalam persembahan pantomim hendaklah tidak melebihi 20 orang.

2. Tempoh persembahan setiap pasukan ialah minimum 10 minit dan maksimum 20 minit.
3. Masa untuk persiapan dihadkan selama 3 minit sahaja dan masa untuk mengosongkan tempat/pentas dihadkan selama 2 minit sahaja.

4. Ruang lakonan hanya DIBATASKAN di pentas yang disediakan sahaja.

5. Set prop yang perlu dan bersesuaian dengan skrip sahaja dibenarkan. Penggunaan set prop yang
berbahaya sama ada digunakan atau sebagai hiasan sewaktu pementasan seperti benda-benda tajam atau senjata dalam bentuk asal adalah TIDAK DIBENARKAN, sebaliknya hendaklah menggunakan replika (yang selamat) sahaja.

6. Penggunaan bahan letupan, gas, ledakan, dan api TIDAK DIBENARKAN.

7. Kumpulan TIDAK DIBENARKAN memaparkan unsur-unsur mengghairahkan/berbaur lucah sama ada melalui perlakuan,dialog atau busana yang dipakai. Unsur-unsur yang bertentangan dengan nilai-nilai murni masyarakat tempatan, serta bercanggah dengan agama dan keperibadian bangsa Malaysia juga dilarang dalam pementasan.

8. Kumpulan juga DILARANG mempamerkan aksi-aksi kekejaman terhadap manusia/haiwan serta perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang dan dasar kerajaan.

9. Keputusan panel hakim adalah muktamad.
Butiran lanjut:
Program : Pertandingan Pantomim Kemerdekaan
Tarikh : 29 oktober 2014
Tempat : DKU FPQS USIM
Masa : 2.30 petang-4.30 petang
Tema : Kemerdekaan Negara

Kriteria Penghakiman/Pemarkahan :

1. Persembahan (40markah)
    i. Memperlihatkan persembahan yang meyakinkan.
   ii. Memperlihatkan persembahan yang menarik.
  iii. Memperlihatkan persembahan yang kreatif.
  iv. Memperlihakan persembahan yang kaya dengan eleman dramatik.
   v. Memperlihatkan sebuah persembahan yang berjaya mengangkat tema, pemikiran dengan jelas.
2. Lakonan (30markah)
   i. Pelakon berjaya mentafsir dan membentuk watak serta perwatakan dengan baik.
  ii. Pelakon berjaya memperlihatkan lakonan melalui pergerakan (gerak dan ekspresi) dengan baik.
 iii. Pelakon berjaya memperlihatkan kesatuan lakonan (suara artikulasi, intonasi dan projeksi) yang baik.
 iv. Pelakon berjaya memperlihatkan kesatuan lakonan (sebagai satu ensembel) dengan baik.
  v. Pelakon berjaya memperlihatkan penghayatan.watak dengan baik.
3. Sinografi (20markah)
  i. Rekaan set yang menarik, berfungsi dan dimanfaatkan.
 ii. Rekaan/pilihan prop yang menarik berfungsi dan dimanfaatkan.
iii. Rekaan cahaya yang menarik dan bermakna.
iv. Tatarias yang memperkuatkan watak dan perwatakan.
 v. Rekaan/pilihan busana yang sesuai, menarik dan mampu memperkuatkan watak dan perwatakan.
vi. Kesan khas dan kesan bunyi yang menarik dan berkesan.
4. Pengarahan (10markah)
  i. Pengarah berjaya melakukan tafsiran yang tepat dan menarik terhadap skrip.
 ii. Pengarah berjaya mentafsir dan membentuk watak serta perwatakan dalam persembahan.
iii. Pengarah berjaya membentuk dan mengawal keseluruhan lakonan dengan baik.

Klik untuk mengisi borang penyertaan:


Setiap penyertaan hendaklah sampai kepada pihak urusetia melalui faksimili :
06-7993508
atau

dengan menghubungi :
1. En. Mohd Helmi  Masor@Mansor - Tel: 06-7986243 / Emel : mhelmi@usim.edu.my
2. Cik Siti Zaharah bt Mohammad Rohi - Tel: 06-7986245 / Emel :                sambilan.perpustakaan4@usim.edu.my

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pada emel atau nombor yang tertera.

Berminat? Jom sertai sekarang!


Sabtu, Oktober 11, 2014

IKLAN ANNUAL GENERAL MEETING


Bismillahirrahmanirrahim

Perhatian kepada semua ahli-ahli SKIL sesi 2014/2015

anda semua dijemput hadir ke AGM ( Annual General Meeting )

(11 Oktober 2014 = Sabtu)

Masa : 8 Pagi
Tempat : DKU FPQS

Jom dapatkan 20 orang yang terawal! Hadiah istimewa menanti anda!

*Kehadiran akan direkodkan di dalam E-SIRA
*Pengangkutan DISEDIAKAN

Dengan kehadiran ini, anda akan dapat lebih mengenali SKIL dengan lebih rapat lagi serta dapat mengeratkan ukhuwah sesama ahli SKIL.

Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh berhubung:

Anas : 014-2733465
Afizah : 013-3253381

Semoga berjumpa anda di sana!





Ahad, Oktober 05, 2014

PENCARIAN AHLI BARU 2014/2015



Jom sertai "SEKRETARIAT KEMBARA ILMU (S.K.I.L) under library, pendaftaran terbuka 
1- 8 oct 2014 di foyer FPQS sekarang!

Atau hubungi :Anas: 014-2733465 atau Afiza: 013-3253381

BANYAK MANFAAT ahli SKIL boleh dapati..

Antaranya :

1. Boleh menarik minat kita untuk 'dating' ke perpustakaan USIM seterusnya menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya dalam kalangan kita khususnya mahasiswa dan siswi.

2. Boleh menggalakkan kita untuk cintakan perpustakaan yang telah memberi banyak ilmu pengetahuan.

3. Boleh menjadi penghubung antara pelajar bagi mendapatkan informasi terkini daripada perpustakaan.

4. Dapat mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dan pihak pengurusan perpustakaan USIM.

5. Sebagai medium pengantaraan untuk memudahkan kita mengetahui perkhidmatan-perkhidmatan perpustakaan yang disediakan.

6. Dapat meningkatkan kemahiran yang mantap dalam penggunaan bahan-bahan perpustakaan.

7. Dapat menyertai segala aktiviti - aktiviti menarik yang akan dilaksanakan.



* Jomlah kawan-kawan! Kita ramai-ramai menyertai kelab SKIL ..

   kami dah sertai.. ANDA BILA LAGI ? (^^,)