Khamis, Oktober 16, 2014

IKLAN PERTANDINGAN PANTOMIM


Jom ramai-ramai sertai program ni! Penyertaan masih dibuka lagi!!

Syarat penyertaan:

1. Jumlah peserta yang terlibat dalam persembahan pantomim hendaklah tidak melebihi 20 orang.

2. Tempoh persembahan setiap pasukan ialah minimum 10 minit dan maksimum 20 minit.
3. Masa untuk persiapan dihadkan selama 3 minit sahaja dan masa untuk mengosongkan tempat/pentas dihadkan selama 2 minit sahaja.

4. Ruang lakonan hanya DIBATASKAN di pentas yang disediakan sahaja.

5. Set prop yang perlu dan bersesuaian dengan skrip sahaja dibenarkan. Penggunaan set prop yang
berbahaya sama ada digunakan atau sebagai hiasan sewaktu pementasan seperti benda-benda tajam atau senjata dalam bentuk asal adalah TIDAK DIBENARKAN, sebaliknya hendaklah menggunakan replika (yang selamat) sahaja.

6. Penggunaan bahan letupan, gas, ledakan, dan api TIDAK DIBENARKAN.

7. Kumpulan TIDAK DIBENARKAN memaparkan unsur-unsur mengghairahkan/berbaur lucah sama ada melalui perlakuan,dialog atau busana yang dipakai. Unsur-unsur yang bertentangan dengan nilai-nilai murni masyarakat tempatan, serta bercanggah dengan agama dan keperibadian bangsa Malaysia juga dilarang dalam pementasan.

8. Kumpulan juga DILARANG mempamerkan aksi-aksi kekejaman terhadap manusia/haiwan serta perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang dan dasar kerajaan.

9. Keputusan panel hakim adalah muktamad.
Butiran lanjut:
Program : Pertandingan Pantomim Kemerdekaan
Tarikh : 29 oktober 2014
Tempat : DKU FPQS USIM
Masa : 2.30 petang-4.30 petang
Tema : Kemerdekaan Negara

Kriteria Penghakiman/Pemarkahan :

1. Persembahan (40markah)
    i. Memperlihatkan persembahan yang meyakinkan.
   ii. Memperlihatkan persembahan yang menarik.
  iii. Memperlihatkan persembahan yang kreatif.
  iv. Memperlihakan persembahan yang kaya dengan eleman dramatik.
   v. Memperlihatkan sebuah persembahan yang berjaya mengangkat tema, pemikiran dengan jelas.
2. Lakonan (30markah)
   i. Pelakon berjaya mentafsir dan membentuk watak serta perwatakan dengan baik.
  ii. Pelakon berjaya memperlihatkan lakonan melalui pergerakan (gerak dan ekspresi) dengan baik.
 iii. Pelakon berjaya memperlihatkan kesatuan lakonan (suara artikulasi, intonasi dan projeksi) yang baik.
 iv. Pelakon berjaya memperlihatkan kesatuan lakonan (sebagai satu ensembel) dengan baik.
  v. Pelakon berjaya memperlihatkan penghayatan.watak dengan baik.
3. Sinografi (20markah)
  i. Rekaan set yang menarik, berfungsi dan dimanfaatkan.
 ii. Rekaan/pilihan prop yang menarik berfungsi dan dimanfaatkan.
iii. Rekaan cahaya yang menarik dan bermakna.
iv. Tatarias yang memperkuatkan watak dan perwatakan.
 v. Rekaan/pilihan busana yang sesuai, menarik dan mampu memperkuatkan watak dan perwatakan.
vi. Kesan khas dan kesan bunyi yang menarik dan berkesan.
4. Pengarahan (10markah)
  i. Pengarah berjaya melakukan tafsiran yang tepat dan menarik terhadap skrip.
 ii. Pengarah berjaya mentafsir dan membentuk watak serta perwatakan dalam persembahan.
iii. Pengarah berjaya membentuk dan mengawal keseluruhan lakonan dengan baik.

Klik untuk mengisi borang penyertaan:


Setiap penyertaan hendaklah sampai kepada pihak urusetia melalui faksimili :
06-7993508
atau

dengan menghubungi :
1. En. Mohd Helmi  Masor@Mansor - Tel: 06-7986243 / Emel : mhelmi@usim.edu.my
2. Cik Siti Zaharah bt Mohammad Rohi - Tel: 06-7986245 / Emel :                sambilan.perpustakaan4@usim.edu.my

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pada emel atau nombor yang tertera.

Berminat? Jom sertai sekarang!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan