Jumaat, Oktober 30, 2015

PROGRAM ANNUAL MEETING SKIL 14/15


LIVE UPDATE!
28 OKTOBER 2015

Alhamdulillah pada 28/10/2015 telah diadakan majlis AGM SKIL sesi 14/15. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua mantan pimpinan SKIL 14/15 kerana telah memberikan khidmat dan menyelesaikan tugas dengan jayanya. Dengan ini, telah rasminya pertukaran barisan kepimpinan yang lama kepada yang baharu. Semoga semuanya dapat memberikan komitmen demi mahasiswa dan mahasiswi USIM.

















"Ke Arah Memartabatkan Ilmu"

Selasa, Oktober 27, 2015

IKLAN AKSES KEPADA KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN

MAKLUMAN!!

Dimaklumkan bahawa Sistem Repositori Institusi e-Imtiyaz masih mengalami gangguan teknikal. Disebabkan permintaan yang tinggi oleh pengguna ketika ini untuk merujuk kepada kertas soalan peperiksaan, maka dua buah terminal komputer disediakan di Aras 1 khusus untuk mengakses bahan berkenaan.
Sekiranya ada pertanyaan, sila hubungi:
Pn. Rozana Kamdani
Pustakawan
Unit Repositori Institusi
Tel: 06-798 6206
atau
Meja Penasihat Pengguna
Tel: 06-798 6255
atau
Kaunter Sirkulasi
Tel: 06-798 6249

Sekian.

Ahad, Oktober 25, 2015

IKLAN 3DAYS TO ANNUAL GENERAL MEETING




Mengumpat & Mencari Aib Bukan Sifat Beriman

Mencari-cari kesalahan orang lain dan mengumpat ini berkait rapat dengan pancaindera bernama lidah. Lidah yang tidak bertulang ini amat bisa dan berbisa apabila berkata-kata.
Lidah yang baik akan melafazkan kata-kata yang baik sahaja. Namun lidah yang rosak ia hanya akan mluahkan kata-kata yang buruk sahaja.
Berapa ramaikah yang menyedari kesan perbuatan ini? Di sebalik ketekunan si pengumpat berbahasa menyakitkan orang lain, sebenarnya ada azab yang sedang menanti.
Kesemua sifat keji ini hanyalah merugikan diri sendiri. Ketika kita cuba menyebarkan aib orang lain, kita sebenarnya terdedah melontarkan kata-kata atau hujah yang hanya mengikut andaian sendiri. Andaian itu pula boleh jadi tidak betul dan akan terjadilah fitnah yang boleh mencetuskan api persengketaan lebih besar lagi. Belajarlah untuk berkata-kata baik sahaja dan boleh menyebabkan orang lain mengingati Allah.
Sedarilah mengumpat, mencari rahsia orang dan bersangka dengan prasangka adalah tiga perbuatan buruk yang boleh memusnahkan kita. Ramai yang telah menjadi binasa kerana bersikap sebegitu. Bukan sahaja orang lain sebagai mangsa, bahkan individu yang punya sifat terkeji ini turut musnah.

::Exco Korporat dan Perhubungan Antarabangsa::

Siti Hajar binti Dzulkifli
Filzah Binti Jabaruddin

Sabtu, Oktober 24, 2015

IKLAN 4DAYS TO ANNUAL GENERAL MEETING



Bismillahirrahmanirrahim.

๐Ÿ‘‰๐ŸปKata Murabbi: "Apabila engkau berada di tempat yang mana ramai orang yang memuji-muji engkau, maka ketahuilah engkau dalam bahaya.
.
Apabila engkau berada di tempat yang mana ramai orang yang menghina dan mencela engkau tetapi engkau bersabar, ketahuilah itulah tempat yang lebih selamat dan menaikkan darjat engkau di sisi Allah Ta'ala.." 

#road2AGMSKIL



::Exco Kebajikan dan Perkhidmatan::

NUR HAZIQAH ALLIJAH BINTI ABDULLAH
NURUN NAJIHAH BINTI MISNAN

Jumaat, Oktober 23, 2015

IKLAN 5DAYS TO ANNUAL GENERAL MEETING

Bismillahirrahmanirrahim..

๐ŸŒธ
Kata hikmah dari imam syafie

Manusia yang paling tinggi kedudukannya adalah mereka yang tidak melihat kedudukan dirinya, 
dan manusia yang paling banyak memiliki kelebihan adalah mereka yang tidak melihat kelebihan 
mereka sendiri.


๐ŸŒธ
Persiapkan diri untuk ummah,taklifan kita sebagai pemimpin demi keutamaan umat Islam hakiki. 






Exco Pendidikan dan Informasi SKIL 15/16

-Noranisah Binti A.Ramli
-Syed Muhammad Syazwan Bin Syed Roslan