Ahad, Oktober 25, 2015

IKLAN 3DAYS TO ANNUAL GENERAL MEETING




Mengumpat & Mencari Aib Bukan Sifat Beriman

Mencari-cari kesalahan orang lain dan mengumpat ini berkait rapat dengan pancaindera bernama lidah. Lidah yang tidak bertulang ini amat bisa dan berbisa apabila berkata-kata.
Lidah yang baik akan melafazkan kata-kata yang baik sahaja. Namun lidah yang rosak ia hanya akan mluahkan kata-kata yang buruk sahaja.
Berapa ramaikah yang menyedari kesan perbuatan ini? Di sebalik ketekunan si pengumpat berbahasa menyakitkan orang lain, sebenarnya ada azab yang sedang menanti.
Kesemua sifat keji ini hanyalah merugikan diri sendiri. Ketika kita cuba menyebarkan aib orang lain, kita sebenarnya terdedah melontarkan kata-kata atau hujah yang hanya mengikut andaian sendiri. Andaian itu pula boleh jadi tidak betul dan akan terjadilah fitnah yang boleh mencetuskan api persengketaan lebih besar lagi. Belajarlah untuk berkata-kata baik sahaja dan boleh menyebabkan orang lain mengingati Allah.
Sedarilah mengumpat, mencari rahsia orang dan bersangka dengan prasangka adalah tiga perbuatan buruk yang boleh memusnahkan kita. Ramai yang telah menjadi binasa kerana bersikap sebegitu. Bukan sahaja orang lain sebagai mangsa, bahkan individu yang punya sifat terkeji ini turut musnah.

::Exco Korporat dan Perhubungan Antarabangsa::

Siti Hajar binti Dzulkifli
Filzah Binti Jabaruddin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan