Selasa, Jun 21, 2016

PROGRAM OPS IKHTILAT



*OPS IKHTILAT*
Firman Allah :
_Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)._
*[Surah Al-Isra' : 32]*
🍁Bersempena bulan Ramadhan yang penuh Barakah, ayuh kita bersama sama kami bagi menjayakan *OPS IKHTILAT* khususnya di *Perpustakaan USIM* dan tempat umum di kawasan sekitar USIM. Saudara saudari, sama samalah kita menjaga perlakuan dan sahsiah di setiap waktu yang kamu ada, kerana bukan manusia sahaja yang melihat tetapi sesungguhnya Allah juga melihatnya.
Kami menyeru kepada semua mahasiswa dan mahasiswi USIM agar menjaga batas pergaulan yang bertepatan dengan syariat Islam yang murni ini .
🍃Ukhuwah itu indah, jika digunakan pada jalan yang tidak syubhah. sungguh mulia Di sisi Allah bagi sesiapa yang menjauhkannya .
Ingatlah !
Janganlah kita cemari kesucian yang penuh barakah pada bulan Ramadan ini dengan kefasadan yang dilakukan. Lakukanlah sebanyak mungkin amalan yang boleh menjadi saksi kepada kita di hari pembalasan kelak. Tingkatkan amalan, tambahkan keilmuan, perbaiki kelemahan.
_Ikhlas dari kami_
*SEKRETARIAT SAHABAT KEMBARA ILMU*
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Jumaat, Jun 10, 2016

IKLAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 2015/2016



Imtihan nihaie kian menghampiri,
Debaran kian terasa,
Oleh itu,

Kami SEKRETARIAT SAHABAT KEMBARA ILMU (SKIL) ingin mengucapkan Bitaufiq Wan Najah kepada semua mahasiswa USIM yang bakal menduduki peperiksaan Akhir bagi Semester 2 2015/2016.
وَِأن لَّيسَ لِلإِنسَان إِلاَّ مَا سَعى (سورة النجم :39
" Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya "
Jangan lupa membawa perkara berikut :
KAD MATRIK
KAD PENGENALAN
SLIP KEMASUKAN PEPERIKSAAN
ALAT TULIS
TELEFON ! dilarang sama sekali dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan
🌻Sesibuk mana kita dengan peperiksaan, Jangan lupa kepada Sang Pencipta . Dekatkan diri kita kepadaNya. Semoga segala daya usaha di Bulan Ramadhan yang mulia ini, diberi ganjaran oleh Allah Subhanahu wa Taala dengan dipermudahakan segala urusan sebelum,semasa dan selepas untuk mengingat dan menjawab soalan- soalan peperiksaan .InshaAllah .
"Ke Arah Memartabatkan Ilmu"

Isnin, Jun 06, 2016

IKLAN JADUAL WAKTU IMSAK & BERBUKA PUASA 2016 /1437H DI NEGERI SEMBILAN (ZON2)



JADUAL WAKTU IMSAK & BERBUKA PUASA 2016 /1437H
 DI NEGERI SEMBILAN

ZON 2 : NILAI,SEREMBAN,PORT DIKSON,K.PILAH,REMBAU & JELEBU



- SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA -


Ahad, Jun 05, 2016

IKLAN SALAM RAMADHAN KAREEM


[ MARHABAN YA RAMADAN ]
*Ramadan1437Hijri*


Fajar Ramadan semakin menhampiri kita,
syukur Alhamdulillah, sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan yang penuh mutiara hikmah,Didalam nya tersirat detik yang lebih menyucikan hati, membersihkan jiwa serta mendekatkan diri pada illahi.

Semoga kita semua mampu memanfaatkan keberkatan bulan ini dengan sebaiknya.


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA...

Sabtu, Jun 04, 2016

PROGRAM CERAMAH ILMU SIRI 2


PROGRAM CERAMAH ILMU SIRI 2 
Ceramah Ambang Ramadhan 


 " Wahai orang yang beriman, telah diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan keatas umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa". 
Surah Al-Baqarah - 183
Alhamdulillah dan syukur kehadrat illahi dengan limpah dan kurnianya, berakhir sudah program Semarak Ilmu siri 2 : Ceramah Ambang Ramadhan : Memburu Pintu Ar-Rayyan yang telah disampaikan oleh Sheikh Muhaimin Syed 'Ali Abdul Majeed.Banyak hikmah dan Ibrah yang dapat diambil buat bekalan menjelang Bulan Ramadhan yang bakal muncul tiba.
Jutaan Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat terutamanya kepada urusetia program yang gigih menjayakan program ini.Moga semuanya mendapat limpahan barakah daripada Allah.Sekian.





IKLAN ROAD TO " RAMADHAN KAREEM "





Ramadhan is already around the corner. 
Has your Quran been gathering dust on the shelf? It's not too late to pick it up and read. 


Countdown for Ramadhan. 1 day to go!