Selasa, Jun 21, 2016

PROGRAM OPS IKHTILAT



*OPS IKHTILAT*
Firman Allah :
_Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)._
*[Surah Al-Isra' : 32]*
šŸBersempena bulan Ramadhan yang penuh Barakah, ayuh kita bersama sama kami bagi menjayakan *OPS IKHTILAT* khususnya di *Perpustakaan USIM* dan tempat umum di kawasan sekitar USIM. Saudara saudari, sama samalah kita menjaga perlakuan dan sahsiah di setiap waktu yang kamu ada, kerana bukan manusia sahaja yang melihat tetapi sesungguhnya Allah juga melihatnya.
Kami menyeru kepada semua mahasiswa dan mahasiswi USIM agar menjaga batas pergaulan yang bertepatan dengan syariat Islam yang murni ini .
šŸƒUkhuwah itu indah, jika digunakan pada jalan yang tidak syubhah. sungguh mulia Di sisi Allah bagi sesiapa yang menjauhkannya .
Ingatlah !
Janganlah kita cemari kesucian yang penuh barakah pada bulan Ramadan ini dengan kefasadan yang dilakukan. Lakukanlah sebanyak mungkin amalan yang boleh menjadi saksi kepada kita di hari pembalasan kelak. Tingkatkan amalan, tambahkan keilmuan, perbaiki kelemahan.
_Ikhlas dari kami_
*SEKRETARIAT SAHABAT KEMBARA ILMU*
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan