Jumaat, November 27, 2015

IKLAN PROGRAM BENGEKL HADIR TEMUDUGA DENGAN BERGAYA



Penyertaan dibuka kepada semua SISWA/SISWI USIM 

Anda gemuruh sewaktu di temuduga

Tidak ada persiapan untuk ke temuduga


Tidak tahu bagaimana ingin menulis resume yang mantap
Tidak pandai menjawab soalan yang diberikan

✅SOLUSINYA amat mudah,
Sertai kami dalam :
Bengkel Hadir Temuduga dengan Bergaya

Tarikh: 2⃣DISEMBER2⃣0⃣1⃣5⃣
Hari : Rabu
Penceramah : Dr Nik Rahim Nik Wajis
⌚Masa : 2 - 5 petang
Tempat : Bilik Seminar, Aras 4, Perpustakaan USIM
Bayaran : RM 5.00 sahaja!!!

Tempat adalah terhad.

 Daftar segera dan jangan lepaskan peluang ini.
Terbuka kepada semua SISWA/SISWI USIM.

KELEBIHAN YANG AKAN ANDA DIPEROLEHI :

Dapat mengetahui cara-cara membuat resume yang mantap.

Dapat pelbagai pendedahan tentang cara-cara menjawab temuduga dengan bergaya

E-sira direkodkan

Minum petang disediakan

Ayuh, daftar sekarang!!!
Sebarang pertanyaan & pendaftaran sila hubungi/whatsapp
Lailie : 012-2281247
A'tifah : 019-7287433

✅ Sila sertakan nama penuh, no.matrik, no ic, no tel dan fakulti.
.: Ke Arah Memartabatkan Ilmu :.
Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu (SKIL)

Khamis, November 26, 2015

IKLAN WAKTU OPERASI PERPUSTAKAAN USIM


Sepanjang Semester :

Isnin hingga Jumaat - 8 pagi hingga 10 malam
Sabtu dan Ahad - 8 pagi hingga 5 petang

Cuti Semester :
Isnin hingga Jumaat - 8 pagi hingga 5 petang
Sabtu dan Ahad - cuti

::Ke Arah Memartabatkan Ilmu::
Unit Pendidikan dan Informasi 
Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu

Ahad, November 22, 2015

IKLAN PENGGUNAAN SELF CHECK MACHINE PERPUSTAKAAN USIM


[Kenali Perpustakaan USIM]

- Self Check Machine
Perpustakaan ini telah menyediakan 6 unit Self Check Machine di Aras 1 bagi memudahkan pengguna untuk melakukan proses peminjaman oleh mereka sendiri. Jadi, proses ini akan menjadi lebih cekap dan menjimatkan masa . Pengguna digalakkan untuk menggunakan mesin dengan mengikuti arahan yang terdapat pada skrin.
Lokasi : 3 unit di Lobi Perpustakaan, 3 unit di ruangan Rak Terbuka Aras 1.
Gunakan fasiliti yang disediakan dengan sebaiknya. Kepuasan anda matlamat kami. Selamat mencuba dan menggunakan Self Check Machine.






Unit Pendidikan & Informasi
Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu (SKIL USIM)

Khamis, November 19, 2015

PROGRAM TAKLIMAT PANDUAN PENGGUNA PERPUSTAKAAN USIM


LIVE UPDATE!
18 NOVEMBER 2015
BILIK SEMINAR

Alhamdulillah telah berlangsungnya program Taklimat Panduan Pengguna Perpustakaan USIM anjuran Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu (SKIL USIM) dengan kerjasama Perpustakaan USIM pada 18/11/2015 (Rabu).
Jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua penyampai serta penceramah yang telah menyampaikan segala isi kandungan program dengan baik dan menarik. Terima kasih juga kepada peserta yang melibatkan diri dalam program ini juga dan inshaallah secara tidak langsung akan menjadi 'tourist guide' bagi pihak Perpustakaan USIM.
Semoga semua peserta mendapat pelbagai manfaat dan input yang berguna untuk disampaikan kepada pengguna perpustakaan yang masih tidak mengetahui fungsi serta segala fasiliti yang terdapat di Perpustakaan USIM yang bukan sahaja menyediakan bahan bacaan menggunakan buku sahaja, tetapi bahan yang menggunakan online program juga disediakan. Rugi jika anda yang sudah membayar yuran penggunaan perpustakaan, tetapi tidak digunakan sebaiknya.
Ayuh sahabat semua, mari kita kenali lebih dekat tentang perpustakaan USIM. Bertanya kepada barisan kepimpinan SKIL atau ahli tourist guide yang akan kami umumkan kelak. Rebut peluang sebelum ia terlepas.
::Ke Arah Memartabatkan Ilmu::











Rabu, November 11, 2015

IKLAN PROGRAM TAKLIMAT PANDUAN PENGGUNA PERPUSTAKAAN USIM





Nak cari buku, tapi tidak tahu guna OPAC
Nak tempah kemudahan di perpustakaan, tapi tidak tahu caranya
Tidak tahu fasiliti apa yang ada di perpustakaan USIM
Tidak pandai menggunakan database yang disediakan

✅SOLUSINYA amat mudah,
💥Sertai kami dalam :
Taklimat Panduan Pengguna Perpustakaan (TP3)💥

🔢Tarikh: 1⃣8⃣NOVEMBER2⃣0⃣1⃣5⃣
📆Hari : Rabu
⌚Masa : 2 - 6 petang
Tempat : Bilik Seminar, Aras 4, Perpustakaan USIM
💸Bayaran : Percuma🆓


Tempat adalah terhad.

 Daftar segera dan jangan lepaskan peluang ini.
Terbuka kepada semua Ahli SKIL USIM.


KELEBIHAN YANG AKAN ANDA DIPEROLEHI :
Menjadi Tourist Guide Library USIM.
Dapat pelbagai pendedahan tentang perpustakaan📑
E-sira direkodkan
Minum petang disediakan🍷



Ayuh, daftar sekarang!!!
🔊Sebarang pertanyaan & pendaftaran sila hubungi/whatsapp🔊
Syazwan : 017-2805851
Anisah : 019-9904773

✅ Sila sertakan nama penuh, no.matrik, no ic, no tel dan fakulti.
.: Ke Arah Memartabatkan Ilmu :.
🎆Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu (SKIL)🎆

Selasa, November 10, 2015

BARISAN KEPIMPINAN SKIL 2015/2016




Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera


Terlebih dahulu kalam ini dimulakan dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang serta selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
Alhamdulillah, secara rasminya barisan kepimpinan Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu (SKIL ) 2015/2016 telah diberi amanah dan taklifan untuk menerajui badan ini yang mana ia merupakan badan di bawah kelolaan perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sesungguhnya, segala kepercayaan yang telah disandarkan kepada kami telah menjadi satu penanda aras supaya lebih bergiat dan berusaha untuk memantapkan SKIL kearah yang lebih jauh merentasi persada antarabangsa.


Allah s.w.t berfirman:“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat -amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui. (Al Anfaal : 27).

Berdasarkan dalil ini,jelaslah bahawa orang –orang yang beriman adalah orang yang menunaikan amanah dan larangan dalam mengkhianati amanah yang telah diberikan terutamanya dalam melahirkan ummah yang berintegrasi naqli dan aqli dan mengamalkan gaya hidup islam yang syumul serta membudayakan hidup dengan budaya cintakan ilmu.

Justeru itu,menurut Al Qurtubi, amanah adalah segala sesuatu yang dipikul atau ditanggung oleh manusia, samada berkaitan dengan urusan agama mahupun urusan dunia, atau berkaitan dengan perbuatan mahupun dengan perkataan di mana puncak amanah adalah penjagaan dan pelaksanaannya. Semoga dengan berbekalkan kepercayaan dalam memikul segala amanah yang telah diberikan, kami sebagai barisan kepimpinan Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu (SKIL) akan terus mara dalam mengimplementasikan program-program yang memberi impak yang positif kepada warga SKIL serta menjadikan SKIL sebagai satu badan yang bakal mengharungi arus globalisasi yang semakin menghambat ini.

Akhirul kalam, kami berharap SKIL akan terus sukses dalam memperjuangkan konsep cintakan ilmu dalam diri mahasiswa dan mahasiswi USIM serta dapat mengangkat martabat SKIL ke peringkat yang lebih tinggi.

Isnin, November 09, 2015

DERMA KILAT KEPADA PELAJAR USIM






Kami Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu turut bersimpati di atas apa yang menimpa saudara Hefez, pelajar ijazah sarjana Muda Da'wah dan Pengurusan Islam Tahun 3. Semoga beliau diberikan kesembuhan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan dan ujian ini. Saya menyeru kepada sahabat-sahabat atau mana-mana pihak untuk sama-sama menyumbang demi meringankan beban yang ditanggung. Hulurkan jangan, ringankan beban.






::Ke Arah Memartabatkan Ilmu::

Sabtu, November 07, 2015

PROGRAM JAULAH MAHABBAH SKIL


LIVE UPDATE!
11 JULAI 2015
RUMAH PUAN AZZAH

Alhamdulillah program ini telah dirancang berjalan dengan jayanya .
Terima kasih kepada, Puan Nor Azzah Momin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan USIM, Puan Rozana Kamdani, penasihat SKIL, Encik Zamri Misman, pemilik LFL Nilai Impian, mantan kepimpinan SKIL 13/14 dan 14/15 serta barisan Majlis Tertinggi dan exco SKIL 2015/2016 yang sudi hadirkan diri dan meluangkan masa pada CUTI PERTENGAHAN SEMESTER 1 2015/2016 ke rumah Puan Azzah .Moga program yang dijayakan ini dapat memberi kesan yang positif pada setiap individu serta merapatkan lagi ukhuwah kita bersama .


















"Ke Arah Memartabatkan Ilmu"
‪#‎bergeraklajudanmajuuntukSKIL‬
#JAULAH‎MAHABBAHSKIL15‬/16

SELAMAT BERCUTI PERTENGAHAN SEMESTER



SELAMAT BERCUTI PERTENGAHAN SEMESTER 1 2015/2016
KEPADA MAHASISWA USIM 






:فرمان الله تعالى
   
 الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَٰذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ "
" لَوْلَا أَنْ هَدَانَا اللَّهُ

   Maksudnya:
segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan kami ke (syurga) ini.kami tidak akan mendapat petunjuk sekiranya Allah tidak menunjukkan kami "

(Surah Al-Araf 7 :43)



::Ke Arah Memartabatkan Ilmu::

IKLAN MAJLIS KONVENKESYEN KE 13



[MAJLIS KONVOKESYEN KE 13]

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا فِي الْمَجَالِسِ فَافْسَحُوا يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ ۖ وَإِذَا قِيلَ انْشُزُوا فَانْشُزُوا يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ)
[Surat Al-Mujadalah 11]




Tahniah diucapkan kepada graduan-graduan USIM kerana telah berjaya menamatkan pengajian anda di universiti tercinta ini. Saya sebagai wakil Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu (SKIL) sekali lagi mengucapkan TAHNIAH kepada semua dan ingatlah bahawa perjuangan ini tidak terhenti di sini tetapi ianya hanyalah permulaan kepada satu corak kehidupan yang baru yang memerlukan bakti anda kepada masyarakat dalam menegakkan agama islam. Ilmu-ilmu praktikal yang anda dapat perlu disalurkan ke jalan yang benar dengan mempraktikkan secara amali di lapangan masyarakat marhaen nanti. Sebarkan kebaikan ke seluruh dunia agar Islam sebagai "rahmatan lil alamin" dapat dirasai.


::Ke Arah Memartabatkan Ilmu::

IKLAN WAKTU OPERASI PERPUSTAKAAN USIM



[Perpustakaan USIM]

Makluman kepada semua pengguna Perpustakaan USIM,

 waktu operasi perpustakaan sepanjang cuti pertengahan semester adalah seperti berikut :

 Sabtu dan ahad (07 dan 08 November) 
BEROPERASI SEPERTI BIASA


 Isnin hingga jumaat 
 8 PAGI  - 7 MALAM

Sabtu dan ahad (14 dan 15 November)
TUTUP



Harap maklum kepada semua pengguna perpustakaan USIM.
.:Ke Arah Memartabatkan Ilmu:.

Rabu, November 04, 2015

PROGRAM IFTAR JAMAIE SKIL


LIVE UPDATE!
2 NOVEMBER 2015
PERPUSTAKAAN USIM

Alhamdulillah pada 2/11/2015 telah diadakan IFTAR JAMAIE . Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Jasmin Bin Jaimon, Ketua Pustakawan USIM, Puan Nor Azzah Momin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan USIM, Puan Rozana Kamdani, penasihat SKIL, staff library , Majlis Tertinggi ,exco SKIL serta ahli SKIL yang menghadiri majlis IFTAR JAMAIE dan menjayakan program ini dengan jayanya . Moga program ini dapat dijalankan dengan lebih meriah dan mendapat keberkatan Allah . InshaAllah .










"Ke Arah Memartabatkan Ilmu"