Khamis, November 19, 2015

PROGRAM TAKLIMAT PANDUAN PENGGUNA PERPUSTAKAAN USIM


LIVE UPDATE!
18 NOVEMBER 2015
BILIK SEMINAR

Alhamdulillah telah berlangsungnya program Taklimat Panduan Pengguna Perpustakaan USIM anjuran Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu (SKIL USIM) dengan kerjasama Perpustakaan USIM pada 18/11/2015 (Rabu).
Jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua penyampai serta penceramah yang telah menyampaikan segala isi kandungan program dengan baik dan menarik. Terima kasih juga kepada peserta yang melibatkan diri dalam program ini juga dan inshaallah secara tidak langsung akan menjadi 'tourist guide' bagi pihak Perpustakaan USIM.
Semoga semua peserta mendapat pelbagai manfaat dan input yang berguna untuk disampaikan kepada pengguna perpustakaan yang masih tidak mengetahui fungsi serta segala fasiliti yang terdapat di Perpustakaan USIM yang bukan sahaja menyediakan bahan bacaan menggunakan buku sahaja, tetapi bahan yang menggunakan online program juga disediakan. Rugi jika anda yang sudah membayar yuran penggunaan perpustakaan, tetapi tidak digunakan sebaiknya.
Ayuh sahabat semua, mari kita kenali lebih dekat tentang perpustakaan USIM. Bertanya kepada barisan kepimpinan SKIL atau ahli tourist guide yang akan kami umumkan kelak. Rebut peluang sebelum ia terlepas.
::Ke Arah Memartabatkan Ilmu::











Tiada ulasan:

Catat Ulasan