Selasa, November 10, 2015

BARISAN KEPIMPINAN SKIL 2015/2016




Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera


Terlebih dahulu kalam ini dimulakan dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang serta selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
Alhamdulillah, secara rasminya barisan kepimpinan Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu (SKIL ) 2015/2016 telah diberi amanah dan taklifan untuk menerajui badan ini yang mana ia merupakan badan di bawah kelolaan perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sesungguhnya, segala kepercayaan yang telah disandarkan kepada kami telah menjadi satu penanda aras supaya lebih bergiat dan berusaha untuk memantapkan SKIL kearah yang lebih jauh merentasi persada antarabangsa.


Allah s.w.t berfirman:“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat -amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui. (Al Anfaal : 27).

Berdasarkan dalil ini,jelaslah bahawa orang –orang yang beriman adalah orang yang menunaikan amanah dan larangan dalam mengkhianati amanah yang telah diberikan terutamanya dalam melahirkan ummah yang berintegrasi naqli dan aqli dan mengamalkan gaya hidup islam yang syumul serta membudayakan hidup dengan budaya cintakan ilmu.

Justeru itu,menurut Al Qurtubi, amanah adalah segala sesuatu yang dipikul atau ditanggung oleh manusia, samada berkaitan dengan urusan agama mahupun urusan dunia, atau berkaitan dengan perbuatan mahupun dengan perkataan di mana puncak amanah adalah penjagaan dan pelaksanaannya. Semoga dengan berbekalkan kepercayaan dalam memikul segala amanah yang telah diberikan, kami sebagai barisan kepimpinan Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu (SKIL) akan terus mara dalam mengimplementasikan program-program yang memberi impak yang positif kepada warga SKIL serta menjadikan SKIL sebagai satu badan yang bakal mengharungi arus globalisasi yang semakin menghambat ini.

Akhirul kalam, kami berharap SKIL akan terus sukses dalam memperjuangkan konsep cintakan ilmu dalam diri mahasiswa dan mahasiswi USIM serta dapat mengangkat martabat SKIL ke peringkat yang lebih tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan