Rabu, Disember 30, 2015

IKLAN PROGRAM STREET DAKWAH AMBANG TAHUN BARU 2016

Assalamualaikum warga USIM .


Sukacitanya dimaklumkan street dakwah 
anjuran bersama KPY, MPP, SEKREFAST, SEKREFEM, OCSS, SKIL, SPP, PERWADAH, DIMAC, TRANSCOMM, PERKAMA dan ALAM KUIS
 dengan kerjasama Lajnah Dakwah & Perhubungan Luar Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia(SPMM USIM)

akan berlangsung dengan tajuk:

"AMBANG TAHUN BARU"

Menampilkan :
πŸ’ͺ
🏻 PENCETUS UMMAH ABU

Bertempat di menara jam,dataran nilai
⌚ 8.45 mlm- 12.30 mlm
31.12.2015. (khamis)

πŸ‘³
🏻 persembahan nasyid:
IN2HEART

tentatif:
8.45 mlm : berkumpul di hadapan menara jam.[taklimat peserta]
9.20 mlm : Persembahan nasyid IN2HEART
9.30 mlm : edar flyers
10.00 mlm : berkumpul semula di hadapan menara jam datara nilai
10.10mlm : Flashmob dan persembahan sajak
10.40 mlm : perkongsian PU Abu
11. 40 mlm : persembahan nasyid kumpulan IN2HEART
12.00 mlm : kiraan detik tahun baru & bacaan doa 
12.20 mlm : bersurai

Simpan tarikh dan masa ini untuk sama-sama kita hadirkan diri, mengisi rohani sambil mengutip pengalaman berdakwah di lapangan. 

(وَΩ…َΨ§ Ψ£َΨ±ْΨ³َΩ„ْΩ†َΨ§Ωƒَ Ψ₯ِΩ„َّΨ§ Ψ±َΨ­ْΩ…َΨ©ً Ω„ِΩ„ْΨΉَΨ§Ω„َΩ…ِΩŠΩ†َ)

Dan tidaklah Kami mengutus kamu (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.

(Surah Al-Anbiyaa’ ayat 107)

Pertanyaan. sila hubungi:
 0147162202 _ radhi

#JALAN DAKWAH JALAN KITA BERSAMA
Ayuh warga USIM dan Warga Nilai semua.

Ahad, Disember 27, 2015

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR

ALL THE BEST

Peperiksaan Akhir kian menghampiri,
Debaran kian terasa,
Oleh itu, 

Kami Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu (SKIL) mengucapkan Selamat Maju Jaya dan Bittaufiq wan Najah kepada semua mahasiswa USIM.




πŸŽ“
Orang yang belajar hanya kerana DEKAN bakal kecewa dengan kegagalan yang mungkin menyinggahi.

πŸŽ“
Akan tetapi, yang sentiasa belajar bagi memenuhi kewajipan dan tuntutan sebagai penuntut ilmu akan selalu puas dan bahagia dengan curahan ilmu yang diperolehi.

(فَΨ₯ِΩ†َّ Ω…َΨΉَ Ψ§Ω„ْΨΉُΨ³ْΨ±ِ يُΨ³ْΨ±ًΨ§)
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
[Surah Al Sharh : 5]

😊
 Study smart not study hard.

πŸ”΄
Jangan lupa membawa perkara berikut :
πŸ”·
 kad matrik
πŸ”·
 kad pengenalan
πŸ”·
 slip peperiksaan
πŸ”·
 alatan menulis
πŸ”·
 telefon adalah dilarang sama sekali dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan

🌻
 Sesibuk mana kita dengan peperiksaan, Jangan lupa kepada sang pencipta. Dekat kan diri dengan Allah, semoga segala daya dan usaha kita, diberi ganjaran oleh Allah.

"Ke Arah Memartabatkan Ilmu"
::Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu::

IKLAN PERJALANAN BAS SESI PEPERIKSAAN


Seperti yang kita semua maklum,
 peperiksaan akhir semester pertama sesi 2015/2016 bakal bermula pada 28 Disember 2015. Jadi, jadual pergerakan bas khas ke tempat dewan peperiksaan telah ditetapkan. Berikut dilampirkan jadual khas pergerakan bas.
Pagi :

Pergi ke tempat peperiksaan : Jam 0720 - 0825
Balik ke kolej kediaman : Jam 1200

Petang :
Pergi ke tempat peperiksaan : Jam 1300 - 1425
Balik ke kolej kediaman : 1700 - 1830.

Majlis Perwakilan Pelajar USIM mengharapkan agar mahasiswa cakna akan pergerakan bas ini untuk mengelakkan sebarang kesulitan pada masa akan datang.



"BERSAMA MEMIMPIN PERUBAHAN"
Biro Kebajikan Dan Keselamatan
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sains Islam Malaysia
27 DISEMBER 2015 | 15 RABIULAWAL 1437H

Khamis, Disember 24, 2015

IKLAN LITTLE FREE LIBRARY USIM

[Little Free Library USIM]
Little Free Library USIM di media akhbar.


"Penubuhan LFL USIM ternyata menarik perhatian kerana konsep yang dilaksanakan amat mesra pengguna iaitu ambil sebuah buku dan tinggalkan sebuah buku lain (sumbangan)."
"Selain itu, ia juga tiada pendaftaran dan yuran keahlian, tiada tarikh pulang dan denda lewat pemulangan, dibuka 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu serta perpustakaan mini ini milik semua orang."
*antara coretan keratan akhbar
Little Free Library USIM di media akhbar Sinar Harian, Benama dan Kosmo hari ini. Sungguh, suatu perkara yang perlu dibanggakan oleh warga USIM kerana USIM universiti awam pertama di Malaysia yang mewujudkan LFL. Maklumat lanjut boleh baca di akhbar tersebut.
Semoga warga USIM dapat manfaatkan sebaiknya LFL ini dan mewujudkan pembudayaan amalan membaca dalam kehidupan harian kakitangan dan mahasiswa di USIM.
In Shaa Allah.

SALAM MAULIDUR RASUL





Akhlak Rasulullah Sebagai Qudwah Hasanah


1. Pemurah dan suka menderma. Setiap hari baginda memastikan setiap dirham yang dimilikinya didermakan kepada fakir miskin. Malah baginda mencari rezeki sekadar keperluannya sahaja dan yang selebihnya diberikan kepada orang yang berhajat kerana Allah S.W.T.

2. Beradab ketika makan. Apabila makanan sudah tersedia, baginda membaca doa yang bermaksud: Dengan nama Allah, wahai Tuhanku! Jadikanlah makanan ini suatu nikmat yang disyukuri sehingga kepada nikmat syurga. Baginda juga tidak suka memakan makanan yang panas kerana sabdanya dalam suatu hadis yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah tidak memberi kita makanan daripada api. Sejukkanlah makanan itu terlebih dahulu.
Hadith tersebut jelas menunjukkan bahawa Rasulullah sentiasa mengamalkan adab-adab ketika makan yang sepatutnya diamalkan oleh orang-orang Muslim. Rasulullah juga menggunakan tangan kanan untuk menyuap makanan dan sentiasa memilih lauk yang terdekat dengannya terlebih dahulu. Makanan yang paling disukai oleh Rasulullah ialah daging dan buah qana dan minuman yang digemarinya ialah susu kambing. Baginda tidak suka memakan bahagian dalam kambing seperti buah pinggang, pundi air kencing dan daging keras yang tumbuh di bawah kulit kerana sakit. Baginda juga tidak mengambil bawang putih dan bawang besar kerana ia mendatangkan bau yang tidak menyenangkan. Walaupun begitu, baginda tidak pernah merasa jijik terhadap sesuatu makanan itu walaupun baginda tidak menyukainya.

3. Aspek berpakaian Nabi Muhammad s.a.w. suka memilih pakaian yang berwarna putih. Pakaiannya yang dikenali sebagai jubah menutupi sehingga paras buku lalinya. Baginda mempunyai dua salinan baju khusus untuk solat Jumaat dan pakaian-pakaian lain untuk hari lain. Baginda suka memakai kopiah dibawah ikatan serbannya. Setiap kali memakai pakaian baginda memulakannya dari kanan dan membaca doa yang bermaksud: Segala puji bagi Allah yang telah memberikan pakaian untuk menutup auratku dan untuk menghiaskan diri di hadapan orang ramai.Ketika menanggalkan pakaian baginda memulakan dari sebelah kiri.

4. Tutur kata Rasulullah s.a.w. seorang yang fasih dalam berkata-kata. Tutur katanya dihiasi dengan kata-kata yang manis dan bersopan. Ketika berbicara, baginda menggunakan ayat-ayat yang padat dan lengkap, ringkas dan mudah difahami oleh orang-orang yang mendengarnya. Baginda tidak bercakap jika dirasakan tidak perlu dan hanya meninggikan suara apabila menyatakan sesuatu yang hak dan benar sahaja. Persoalan-persoalan yang dikemukakan pula dijawab dengan jawapan-jawapan dan nasihat yang mudah diterima para hadirin.

5. Sifat berlapang dada dan pemaaf. Baginda Rasulullah s.a.w. juga memiliki sifat berlapang dada dan suka memaafkan orang lain walaupun diberi peluang untuk membalas dendam. Didalam suatu peperangan, seorang tentera kaum musyrikin berjaya mengugut Rasulullah dan tentera kaum Muslimin dengan berkata:
“Siapakah diantara kamu yang dapat menyelamatkan engkau daripada pedangku?” Lantas Rasulullah s.a.w. pun menjawab, “Allah”. Mendengar perkataan itu gentarlah tangan tentera musyrikin itu dan pedang tersebut jatuh daripada tangannya. Kemudian Rasulullah s.a.w. mengambil pedang tersebut sambil berkata, “Siapakah kini yang dapat mempertahankan engkau daripadaku?”
Orang musyrikin itu dengan susah payah menjawab, “Ambillah nyawaku dengan cara yang baik.” Baginda pula berkata kepadanya, "Katakanlah aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku (Rasulullah) adalah pesuruhnya. Inilah salah satu contoh sifat Rasulullah s.a.w. yang sentiasa bersifat berlapang dada dan pemaaf.

6. Kasih- sayang. Apabila dua atau tiga hari Rasulullah s.a.w. tidak nampak salah seorang sahabatnya atau tidak bertemu di mana-mana, nescaya ditanya dan dicari oleh baginda. Baginda yang menziarahi ke rumah sahabat tersebut tanpa rasa sombong. Malah baginda sembahyang, makan dan duduk bersama para sahabat. Islam menggariskan hak-hak sesama seagama yang menunjukkan betapa tingginya nilai kasih sayang sesama mukmin sehingga Rasulullah s.a.w. pernah menggambarkan kehidupan orang-orang mukmin umpama jasad yang satu yang saling merasakan segala yang dirasai dan dideritai oleh saudara seIslam.

7. Ibadah Rasulullah menunjukkan contoh perlaksanaan ibadah sedemikian banyak untuk kita jejaki langkahnya kerana secara fitrahnya, Rasulullah menyukai pengabdian dan ibadah serta merasa senang melakukannya. Sebelum diangkat menjadi Rasul, pernah sehingga sebulan baginda memutuskan semua kesibukan untuk beribadat didalam sebuah gua di luar kota Mekah sehingga disebut para sahabat, baginda senang beribadat, mengabdi dan berkhalwat sejak dari kecil lagi. Begitulah orang-orang yang cerdik berkelakuan. Baginda bersolat sunat dengan begitu banyak sekali sehingga adakalanya baginda tidak tidur semalaman sehingga bengkak kakinya. Baginda turut berpuasa selang sehari dan berzikir diwaktu jaga dan tidur. Malah baginda digelar sebagai “Al-Qur’an bergerak” kerana Al-Qur’an bukan sahaja dihafal malah dijadikan panduan seluruh kehidupannya.
=================================
Suburkan hidup anda dengan penghayatan Islam yang syumul. Jadikan Nabi Muhammad sebagai qudwah dalam melaksanakan syariat dan amal ma'ruf nahi mungkar.

"Cinta Allah, Ikuti Nabi, Sunnah dituruti, Hidup diberkati"

Selasa, Disember 22, 2015

IKLAN WAKTU OPERASI PERPUSTAKAAN (CUTI BELAJAR )

Waktu operasi perpustakaan semasa study week sedang berlangsung pada
(21 - 27 Disember 2015)
Isnin hingga rabu : 8 pagi - 10 malam
Khamis dan jumaat : cuti umum
Sabtu dan ahad : 8 pagi - 5 petang

Diharap para mahasiswa tidak terlepas maklumat ini. Harap maklum
::Ke Arah Memartabatkan Ilmu::
Unit Publisiti dan Multimedia
Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu

Rabu, Disember 16, 2015

IKLAN KEGUNAAN LITTLE FREE LIBRARY USIM

[Little Free Library USIM]

Little Free Library USIM - Charter # 31743
Konsep mudah Little Free Library adalah:
"Take A Book" - Ambil sebuah buku

"Leave A Book" - Tinggalkan sebuah buku (pulangkan yang diambil, atau tinggalkan buku lain - "book exchange"
"No registration fees" -Tiada pendaftaran dan yuran keahlian
"No due date, so no late fines" - Tiada tarikh pulang, jadi tiada denda lewat pulang.
"Open 24 hours a day, 7 days a week" - Dibuka 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
"Everyone's library" - Ia milik semua orang.

Untuk maklumat tambahan, layari http://littlelibraryusim.blogspot.my/


::Ke Arah Memartabatkan Ilmu::
Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu

PROGRAM DESTINASI HATI

LIVE UPDATE!
12 DISEMBER 2015
MASJID PUTRAI NILAI


Alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya program Destinasi Ikatan Hati pada 12 Disember 2015 di Masjid Putra Nilai, Negeri Sembilan. Antara objektif utama penganjuran program ini ialah untuk memupuk kebersamaan mahasiswa untuk turun bersama dalan satu program bersama dengan masyarakat sekeliling. Selain itu, ingin memberi pendedahan dan pemantapan dari segi ilmu agama kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga ibu bapa. Akhirnya, kami ingin mewujudkan satu suasana yang harmoni di kalangan mahasiswa dan masyarakat dalam merealisasikan bumi Nilai sebagai salah satu dari hub pendidikan negara.
Terima kasih kepada semua penduduk Nilai dan kawasan sekitarnya yang telah meluangkan masa anda semua demi memeriahkan program. Kepuasan kami ialah apabila dapat melihat masyarakat merasai manfaat dari kewujudan mahasiswa yang berada di persekitaran mereka. Mahasiswa untuk masyarakat adalah satu aplikasi yang terbaik selain hanya belajar teori di dalam kuliah sahaja.
Antara aktiviti yang dapat dijalankan ialah :
1) Pertandingan Membaca Jawi Klasik
2) Pertandingan Mewarna
3) Mari Mengaji
4) Bengkel Tahsin Al Fatihah
5) Bicara Fiqh Wanita
6) Kursus Pengurusan Jenazah.






Akhirul kalam, semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan. Sambutan dan galakan yang diberikan untuk melihat keberlangsungan program yang akan datang amat lah dinantikan oleh orang ramai.
"Suburkan Islam, Sebarkan Salam, Ukhuwah Disulam, Penyeri Alam"
::Ke Arah Memartabatkan Ilmu::
::Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu::

Jumaat, Disember 11, 2015

PROGRAM JELAJAH PIHAK PERPUSTAKAAN KE FSU

LIVE UPDATE !
10 DISEMBER 2015
FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG

Alhamdulillah selesai sudah jelajah di Fakulti Syariah dan Undang-Undang pada 10 Disember 2015. Insyaallah jelajah akan bersambung pada minggu hadapan di dua lokasi berbeza iaitu di FEM pada 15 Disember 2015 dan FST pada 17 Disember 2015. Simpan tarikh ini dan manfaatkan jelajah perpustakaan ke fakulti anda. Maklumat akan sampai terus kepada anda semua.



: Ke Arah Memartabatkan Ilmu :

Khamis, Disember 10, 2015

IKLAN KEMUDAHAN PEMASANGAN LITTLE FREE LIBRARY USIM


[Little Free Library USIM]

Alhamdulillah pada hari ini telah direalisasikan satu inisiatif untuk menggalakkan pelajar USIM agar memperkasakan budaya membaca di mana sahaja. Pemasangan Little Free Library di 3 lokasi terawal iaitu Kolej Kediaman 1, Bangunan Canselori dan Pondok Perhentian Bas FPQS. Manfaatkan waktu anda dengan membaca bahan ilmiah. Ayuh jadikan waktu kita diisi dengan perkara yang berfaedah.











::Ke Arah Memartabatkan Ilmu::

Unit Publisiti Dan Multimedia

Selasa, Disember 08, 2015

PROGRAM JELAJAH PIHAK PERPUSTAKAAN KE FAKULTI USIM


[Jelajah Perpustakaan Ke Fakulti USIM] 

Alhamdulillah pada hari ini telah berlangsungnya hari pertama jelajah fakulti di Pusat Keusahawanan Pelajar (PKP). 





 Booth di buka pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 4 petang. Sambutan yang diterima agak menggalakkan dan terima kasih kepada yang sudi menjengah booth perpustakaan. Jangan lepaskan peluang anda untuk sama-sama mengambil manfaat dari jelajah perpustakaan ke fakulti masing-masing. Simpan tarikh yang telah ditetapkan untuk fakulti anda. Ayuh ambil cakna mengenai Perpustakaan. "Selangkah ke perpustakaan, sejuta pengetahuan".
Jangan lupa untuk temui kami esok hari (9 Disember 2015) di Pusat Keusahawanan Pelajar bagi mahasiswa yang berdekatan seperti FPQS, FKP, FPBU dan TAMHIDI.
::Ke Arah Memartabatkan Ilmu::
Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu

Isnin, Disember 07, 2015

IKLAN PROGRAM JELAJAH PERPUSTAKAAN KE FAKULTI USIM



[Jelajah Perpustakaan Ke Fakulti USIM]


~Anda mahasiswa dan mahasiswi USIM? 
~Anda tidak tahu menggunakan fasiliti yang terdapat di Perpustakaan USIM?
~Mahu mengenali Perpustakaan USIM dengan lebih dekat?



Ayuh wajibkan diri anda untuk hadir ke Program Jelajah Perpustakaan Ke Seluruh Fakulti USIM. Program ini adalah untuk kita memudahkan serta membuatkan perpustakaan itu lebih dekat dengan semua mahasiswa. Tidak lupa juga, produk terbaru dari Perpustakaan USIM sendiri iaitu Little Free Library juga akan ditayangkan dan dipamerkan di jelajah ini. Dapatkan informasi terkini tentang perpustakaan di program ini. Jangan lepaskan peluang anda.

Ahad, Disember 06, 2015

IKLAN PROGRAM KARNIVAL CINTA ILMU





Bakal menemui andaπŸ’«
1&2 Mac 2016 


🌟 Gabungan bersama Majlis Perwakilan Pelajar USIM & Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu ( SKIL )🌟

mempersembahkan πŸŒŸπŸŒŸπŸŒŸ

KARNIVAL CINTA ILMU

Rebut peluang ini segera.

πŸ‡²πŸ‡ΎPerkenalkan PERPUSTAKAAN negeri anda

πŸŽ‰Hias booth anda.
πŸŽ‰Persembahkan pameran khazanah² yg terdapat di perpustakaan negeri.
πŸŽ‰Bentang keistimewaan dan kelebihan perpustakaan/ bahan pameran.

Penyertaan dibuka kepada 10 orang wakil dari 14 buah negeri di Malaysia. πŸ‘¬ πŸ‘¬

Kelebihan kepada anda :

🎁Hadiah menarik menanti pemenang.
πŸ’· RM50 untuk persiapan booth pameran.
πŸ’‘Dapat mengetahui kepelbagaian perpustakaan di Malaysia.
πŸŽ“e-SIRA

πŸ“’Daftar segeraπŸ“’ :
http://goo.gl/forms/V9Fy537xKe

Tarikh tutup penyertaan : 12 Disember 2015

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
1) Ain Najiha - 0176936503
2) Faezah- 01121169202(msg or call) +6598417221( whatsapp)

" Membudayakan Ilmu Dalam Kalangan Mahasiswa "

IKLAN PROGRAM DESTINASI IKATAN HATI

πŸ˜ƒ
 Assalamualaikum 
πŸ˜ƒ
Anda bosan dan ingin mengisi masa lapang?
Buntu dalam mencari aktiviti yang menarik?
Cuti sekolah juga sudah pun bermula.
Oleh itu, 
Jom sertai PROGRAM DESTINASI IKATAN HATI

Tarikh : 12/12/2015
Masa : 8 pagi - 5 petang
Tempat : Masjid Putra Nilai

πŸ’
 Terbuka kepada semua mahasiswa USIM dan penduduk tempatan.

🎊 Di sini juga kami telah menyediakan pelbagai aktiviti2 yang menarik dan bermanfaat yang boleh anda sertai,
Antaranya :


1⃣✒Pertandingan Menulis Jawi Klasik
πŸŽ“
Tarikh : 12 Disember 2015
Hari : Sabtu
Tempat : Masjid Putra Nilai
Masa : 9 pagi - 10 pagi
Hadiah menarik menanti anda ! 
πŸ˜ƒπŸ‘
🏼
*Terhad untuk 40 orang sahaja 
πŸ˜‰

πŸ“±
Berminat? Hubungi : 0195764680 (zatiah)

2⃣ 
🎨
 Pertandingan Mewarna 


🎨
Tarikh : 12 Disember 2015
Hari : Sabtu
Tempat : Masjid Putra Nilai
Masa : 10 pagi - 12 tengahari
Hadiah menarik menanti anda ! 
πŸ˜ƒπŸ‘
🏼
*Terhad untuk 40 orang sahaja 
πŸ˜‰

πŸ“±
Berminat? Hubungi : 0199904773 (anisah)

3⃣
😍
Bicara Fiqh Wanita
🌹


Tarikh : 12 Disember 2015
Hari : Sabtu
Tempat : Masjid Putra Nilai
Masa : 10 pagi - 12 tengah hari
Penceramah : Ustazah Nabilah Dato Yusuf - Personaliti tv9
πŸ“±
Berminat? Hubungi : 0135969582 (dee)

4⃣πŸ“š
Tahsin Surah Al-FatihahπŸ“š



Tarikh : 12 Disember 2015
Hari : Sabtu
Tempat : Masjid Putra Nilai
Masa : 10 pagi - 12 tengah hari
Penceramah : Ustaz Anuar Hasin 
πŸ“±
Berminat? Hubungi : 0147596598 (hafiz)

5⃣
πŸ“–
Mari Mengaji
πŸ“–πŸ˜‰


Tarikh : 12 Disember 2015
Hari : Sabtu
Tempat : Masjid Putra Nilai
Masa : 10 pagi - 12 tengah hari
Penceramah : Ibnuzzaman Hasan
πŸ“±
Berminat? Hubungi : 0199870153 (umair)

6⃣
🚨Bengkel Pengurusan Jenazah🚨


πŸ‘
🏼
Tarikh : 12 Disember 2015
Hari : Sabtu
Tempat : Masjid Putra Nilai
Masa : 2 petang - 4 petang
-sijil disediakan
*Terhad untuk 50 orang lelaki dan 50 orang perempuan sahaja 
πŸ˜‰

πŸ“±
Berminat? Hubungi : 0137147902 (nad)

🍴
 Tidak lupa juga, ada MAKANAN PERCUMA buat 150 orang peserta yang terawal 
πŸ‘
🏼

πŸ“ž Sebarang pertanyaan mengenai program ini, boleh juga hubungi : 
Hafiz - 0147596598

atau
πŸ’» layari laman web kami di : 
Fb : Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu
Twitter : @skil_usim
Blog : Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu

Ayuh, tunggu apa lagi! Jangan lepaskan peluang keemasan ini! πŸ˜ƒ
Banyak manfaat dan kelebihan yang akan anda perolehi nanti. Jom daftar segera! πŸ˜‰
.: Ke Arah Memartabatkan Ilmu :. 
SKIL, USIM
πŸŽ‰πŸŽŠπŸŽ‰πŸŽŠπŸŽ‰πŸŽŠπŸŽ‰πŸŽŠπŸŽ‰πŸŽŠ

Viralkan.