Rabu, Disember 16, 2015

PROGRAM DESTINASI HATI

LIVE UPDATE!
12 DISEMBER 2015
MASJID PUTRAI NILAI


Alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya program Destinasi Ikatan Hati pada 12 Disember 2015 di Masjid Putra Nilai, Negeri Sembilan. Antara objektif utama penganjuran program ini ialah untuk memupuk kebersamaan mahasiswa untuk turun bersama dalan satu program bersama dengan masyarakat sekeliling. Selain itu, ingin memberi pendedahan dan pemantapan dari segi ilmu agama kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga ibu bapa. Akhirnya, kami ingin mewujudkan satu suasana yang harmoni di kalangan mahasiswa dan masyarakat dalam merealisasikan bumi Nilai sebagai salah satu dari hub pendidikan negara.
Terima kasih kepada semua penduduk Nilai dan kawasan sekitarnya yang telah meluangkan masa anda semua demi memeriahkan program. Kepuasan kami ialah apabila dapat melihat masyarakat merasai manfaat dari kewujudan mahasiswa yang berada di persekitaran mereka. Mahasiswa untuk masyarakat adalah satu aplikasi yang terbaik selain hanya belajar teori di dalam kuliah sahaja.
Antara aktiviti yang dapat dijalankan ialah :
1) Pertandingan Membaca Jawi Klasik
2) Pertandingan Mewarna
3) Mari Mengaji
4) Bengkel Tahsin Al Fatihah
5) Bicara Fiqh Wanita
6) Kursus Pengurusan Jenazah.






Akhirul kalam, semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan. Sambutan dan galakan yang diberikan untuk melihat keberlangsungan program yang akan datang amat lah dinantikan oleh orang ramai.
"Suburkan Islam, Sebarkan Salam, Ukhuwah Disulam, Penyeri Alam"
::Ke Arah Memartabatkan Ilmu::
::Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan