[Jelajah Perpustakaan Ke Fakulti USIM]
Alhamdulillah pada hari ini telah berlangsungnya hari pertama jelajah fakulti di Pusat Keusahawanan Pelajar (PKP).
Booth di buka pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 4 petang. Sambutan yang diterima agak menggalakkan dan terima kasih kepada yang sudi menjengah booth perpustakaan. Jangan lepaskan peluang anda untuk sama-sama mengambil manfaat dari jelajah perpustakaan ke fakulti masing-masing. Simpan tarikh yang telah ditetapkan untuk fakulti anda. Ayuh ambil cakna mengenai Perpustakaan. "Selangkah ke perpustakaan, sejuta pengetahuan".
Jangan lupa untuk temui kami esok hari (9 Disember 2015) di Pusat Keusahawanan Pelajar bagi mahasiswa yang berdekatan seperti FPQS, FKP, FPBU dan TAMHIDI.
::Ke Arah Memartabatkan Ilmu::
Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan