Khamis, Oktober 06, 2016



Bismillahirrahmanirrahim..
Kehebatan seorang pemimpin bukan terletak pada jawatannya, kehebatan seorang pemimpin ialah apabila dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat, mampu bercampur gaul dengan masyarakat serta memahami dan mendalami kehendak masyarakat.
Gunakan kuasa untuk membantu orang lain. Kita diberi kuasa bukan hanya untuk meraih tujuan peribadi, atau membuat pertunjukkan terbesar di dunia juga bukan hanya untuk mendapatkan nama. Tetapi hanya ada satu kegunaan kuasa yang begitu bernilai iaitu membantu manusia.
Mulakan langkah dengan keazaman yang jitu dan pasakkan dalam diri untuk sentiasa berjasa buat ummah.
Salam Perjuangan !
Hasil nukilan:
Saudara Muhd Anas bin Dollah
Mantan Pengerusi Kelab Sahabat Kembara Ilmu sesi 2014/2015

"Ke Arah Memartabatkan Ilmu"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan