Khamis, Oktober 27, 2016

Selamat Bercuti Mahasiswa USIM !




! Selamat Bercuti Pertengahan Semester 1 Sesi 2016/2017 kepada mahasiswa USIM !

Tarikh cuti Pertengahan Semester : 27 OKTOBER - 30 OKTOBER 2016

"Masa hadapan yang cerah bukan sahaja dimiliki oleh orang yang berpendidikan . tapi bagi juga orang yang dididik untuk menggunakan masa lapangnya dengan bijaksana" 
-C.K Brightbill-

Manfaatkanlah masa cuti anda dengan berbakti dan berkhidmat kepada keluarga tersayang .

"Dua nikmat yang sering manusia lupa iaitu nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang" 
(Riwayat Bukhari)


::KE ARAH MEMARTABATKAN ILMU::




Khamis, Oktober 20, 2016

MAKLUMAN WAKTU OPERASI PERPUSTAKAAN USIM SEMPENA CUTI SEMESTER 1





Berikut adalah waktu operasi Perpustakaan mengikut tarikh yang dinyatakan :

Tarikh : 24 Oktober 2016 hingga 30 Oktober 2016

Isnin hingga Jumaat : 8.00 pagi hingga 7.00 petang

Sabtu & Ahad : TUTUP

Perpustakaan akan dibuka seperti biasa bermula 31 Oktober 2016

Sumber : Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia


:: Ke Arah Memartabatkan Ilmu ::
KELAB SAHABAT KEMBARA ILMU


Jumaat, Oktober 07, 2016


1 hari lagi..
Kepada ahli-ahli SKIL yang dikasihi,
Jom kita hadirkan diri beramai-ramai bagi mengetahui segala info berkenaan SKIL dengan lebih lanjut.


Bismillahirrahmanirrahim,
Maafkanlah..
1. Maafkanlah supaya kita diampunkan.
"...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka Allah mengampuni? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (an-Nur:22)
2. Maafkanlah supaya Allah menjadi sayang.
"... dan jika kau maafkan dan kamu santuni serta ampuni mereka, maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (at-Taghabun:14)
3. Maafkanlah supaya kita tidak sama dengan orang bodoh.
"Jadilah pemaaf dan suruhlah orang yang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang yang bodoh." (al-A'raf:199)
4. Maafkanlah kerana orang mulia sentiasa memaafkan.
"Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan mulia," (asy-syura:43)
5. Maafkanlah agar kau termasuk di kalangan orang yang gagah menahan marah.
"...menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain." (Ali-Imran:134)
Sumber:
Novel Islamik dan Motivasi : Berlumba Dengan Ayam
Karya:
Dr. Farhan Hadi Mohd Taib
Ustazah Fatimah Syarha Mohd Nordin

"Ke Arah Memartabatkan Ilmu"
Kelab Sahabat Kembara Ilmu

Khamis, Oktober 06, 2016



Bismillahirrahmanirrahim..
Kehebatan seorang pemimpin bukan terletak pada jawatannya, kehebatan seorang pemimpin ialah apabila dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat, mampu bercampur gaul dengan masyarakat serta memahami dan mendalami kehendak masyarakat.
Gunakan kuasa untuk membantu orang lain. Kita diberi kuasa bukan hanya untuk meraih tujuan peribadi, atau membuat pertunjukkan terbesar di dunia juga bukan hanya untuk mendapatkan nama. Tetapi hanya ada satu kegunaan kuasa yang begitu bernilai iaitu membantu manusia.
Mulakan langkah dengan keazaman yang jitu dan pasakkan dalam diri untuk sentiasa berjasa buat ummah.
Salam Perjuangan !
Hasil nukilan:
Saudara Muhd Anas bin Dollah
Mantan Pengerusi Kelab Sahabat Kembara Ilmu sesi 2014/2015

"Ke Arah Memartabatkan Ilmu"