Jumaat, Oktober 07, 2016



Bismillahirrahmanirrahim,
Maafkanlah..
1. Maafkanlah supaya kita diampunkan.
"...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka Allah mengampuni? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (an-Nur:22)
2. Maafkanlah supaya Allah menjadi sayang.
"... dan jika kau maafkan dan kamu santuni serta ampuni mereka, maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (at-Taghabun:14)
3. Maafkanlah supaya kita tidak sama dengan orang bodoh.
"Jadilah pemaaf dan suruhlah orang yang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang yang bodoh." (al-A'raf:199)
4. Maafkanlah kerana orang mulia sentiasa memaafkan.
"Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan mulia," (asy-syura:43)
5. Maafkanlah agar kau termasuk di kalangan orang yang gagah menahan marah.
"...menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain." (Ali-Imran:134)
Sumber:
Novel Islamik dan Motivasi : Berlumba Dengan Ayam
Karya:
Dr. Farhan Hadi Mohd Taib
Ustazah Fatimah Syarha Mohd Nordin

"Ke Arah Memartabatkan Ilmu"
Kelab Sahabat Kembara Ilmu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan