Mee segera merupakan mee separa masak
yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di
makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit.
Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang
“kekeringan” poket…
Namun begitu tahukah anda,
di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang
mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti
yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar
MSG yang tinggi dan garam yang tinggi.
Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang.
Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas
dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang
melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.
Selain itu, kandungan
dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan
(biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser
di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air
panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.
Jangan lupakan
juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang
menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana
pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?
Kanak2
yang berumur bawah 5
tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari
3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu
proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita,
cubalah elakkan mengidam mee segeraya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang
lebih berkhasiat.
136
bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh
Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar menunjukkan bahan ramuan itu.Daripada
136 bahan penambah itu, 24 daripada nya adalah garam natrium, di samping garam makan
juga turu tditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang
tinggi.
Satu paket
mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang
dibenarkan 2,400 mg natrium. Disamping banyak bahan penambah dan paras natrium yang
tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi
segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut MajlisPengguna Hong Kong (HKCC)
dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi
segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej,
yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk
diet 2,000-kcal. Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran
Nov-Dis 2010.
Kerosakan buah pinggang disebabkan pemakanan yang tidak sihat dan nampak apa yang berlaku dalam tubuh anda?
Terdapat
10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera:
Adakah
mi segera makanan sebenar atau makanan palsu?
Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?
Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?
1) Kalsium Sulfat:
Kapur Paris.
2) Asid Tartarik:
Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
3) Kalsium Oksida:
Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
4) Tertiary
Butylhydroxyquinone (TBHQ):
Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
5) BHT:
Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
6) Propyl
Gallate:
Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.
Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.
7) Pentasodium
triphosphate:
Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
8) Propylene
Glycol:
Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, anti beku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9) Polydimethyl siloxane:
Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
10) Pewarna tiruan
(contohnya: Sunset Yellow FCF danTartrazine):
Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.
Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.
Hasil karya oleh :
Siti Hawa binti Ajiyan
Tahun 3
Pengajian Quran dan Sunnah
Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah
#KeArahMemartabatkanIlmu
Exco Penyelidikan dan Pembangunan
Kelab Sahabat Kembara Ilmu
2016/2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan