KAFEIN
Untuk mengelakkan masalah mengantuk,masyarakat umumnya kebiasaannya gemar
mengambil secawan kopi dan makanan ringan. Apatah lagi apabila mereka
menghadapi peperiksaan, ada sesetengah pelajar mengulangkaji pelajaran hingga
larut malam berbekalkan secawan kopi. Apakah bahan kimia yang terkandung
didalam kopi yang membolehkan kebanyakan masyarakat atau mahasiswa khususnya
sering mengamalkan minuman ini? Apakah kesan-kesan akan pengambilannya secara
berlebihan?
Kafein.
Kebanyakan kopi mengandungi kafein iaitu sejenis dadah yang terhasil secara
semulajadi dalam daun dan biji beberapa jenis tumbuh tumbuhan. Terdapat juga kafein
yang dihasilkan secara tiruan dan digunakan sebagai bahan penambah atau perisa
di dalam sesetengah makanan.
Secara
saintifiknya, Kafein dikenali juga di kenali dengan nama kimianya trimethylxanthine
(trimetilksantina) dalam kumpulan methylxanthine (metilksantina).
Bahan ini berbentuk serbuk berwarna putih dan sedikit rasa pahit. Bahan
kimia lain yang terdapat dalam kumpulan ini adalah theophylline (teofilin) yang terdapat dalam daun teh dan theobromine (teobromin)
yang didapati dalam biji koko.
Ia berfungsi dengan merangsang sistem saraf
pusat (CNS), jantung, otot, dan pusat-pusat yang mengawal tekanan darah. Kafein
boleh meningkatkan tekanan darah dan bertindak seperti "pil air" yang
meningkatkan pengaliran air kencing yang banyak yang menyebabkan masalah dehidrasi kepada pengguna.
Ianya merupakan salah satu symptom yang kerap dihadapi pengguna meskipun ada
yang beranggapan bahawa dengan meminum air berkafein yang banyak badan dapat
mengekalkan kandungan air tersebut tetapi kafein akan bertindak sebaliknya ke
atas badan.Akan tetapi ianya mungkin tidak mempunyai kesan-kesan ini pada orang yang
menggunakan kafein lebih kerap.
Kesan kafein terhadap orang yang mengambil kafein bergantung kepada
kuantiti kafein yang diambil. Kafein memberikan kesan berterusan ke atas tubuh selagi
masih berada dalam darah. Jangka masa yang diperlukan oleh tubuh untuk
mengeluarkan separuh daripada jumlah kafein yang diambil adalah dari beberapa
jam hingga ke beberapa hari.
Tambahan lagi, pengambilan kafein juga akan menyebabkan badan
kehilangan kalsium serta potassium dan ini akan menyebabkan kesakitan otot
serta mempercepatkan proses osteoporosis disebabkan kehilangan bahan-bahan
mineral tersebut bagi wanita berumur. Malah, kafein juga boleh memberikan
kesan jangka masa panjang iaitu penyakit seperti ulser, masalah jantung dan
ketagihan.Bagi membendung tabiat ketagihan kafein bukannya perkara mudah. Cara
yang berkesan adalah dengan mengurangkan pengambilannya setiap hari serta
mengamalkan meminum air kosong yang banyak serta jus buah-buahan dalam sajian
harian pengguna.
Pengamalan minuman berkafein yang kerap dikalangan masyarakat umum,
serta mahasiswa khususnya perlu dikawal kerana ianya memberi pelbagai kesan dan
impak negatif seperti yang dinyatakan diatas.
SUMBER :
Hasil karya oleh :
Nur Izzati binti Yahaya
Tahun 2
Kos Teknologi Kimia Industri
Fakulti Sains Teknologi
#KeArahMemartabatkanIlmu
Nur Izzati binti Yahaya
Tahun 2
Kos Teknologi Kimia Industri
Fakulti Sains Teknologi
#KeArahMemartabatkanIlmu
Exco Penyelidikan dan Pembangunan
Kelab Sahabat Kembara Ilmu
2016/2017
Kelab Sahabat Kembara Ilmu
2016/2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan