Jumaat, Disember 23, 2016

Salam Imtihan





Assalamualaikum W.B.T

💝Sempena musim peperiksaan yang akan berlangsung pada bulan Disember dan Januari ini, Kami daripada Kelab Sahabat Kembara Ilmu ingin mengucapkan kepada seluruh mahasiswa USIM :

🌹 Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester 1 sesi 2016/2017 🌹

❗Ingat, pastikan anda membawa perkara-perkara penting ini sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan :
1. I/C
2. Kad matrik
3. Slip peperiksaan
4. Alat tulis

✨Mulakan menjawab peperiksaan dengan Basmalah. Fokus dan yakin. Kemudian bertawakkallah kepada Allah 😊

✨Baca dan jawab soalan peperiksaan elok-elok ya 😄

#KeArahMemartabatkanIlmu

Ingatan tulus ikhlas,

Kelab Sahabat Kembara Ilmu
2016/2017

Jumaat, November 18, 2016

KARNIVAL SISWA [KARSIS] USIM #SKIL



  KARNIVAL SISWA [KARSIS] , USIM  

  SKIL   SKIL   SKIL  

Eh apa tu  ha   Anda ingin tahu apa itu SKIL   Ingin tahu asal usul sejarah 7 keturunan penubuhan SKIL  

Tunggu apa lagi  Jom kita buat rombongan cik kiah ke booth SKIL   Kita serbu ramai-ramai 

Ajak kawan-kawan ibu ayah adik kakak abang pakcik makcik jiran sebelah rumah 

Save The Date 

 Tarikh : 18-21 November 2016
 Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang 
 Tempat : Booth 16 , Tapak Pesta Konvokesyen USIM

 Pelbagai aktiviti menarik menanti rakyat jelata usim di booth comel kami 

 Congkak 
 Getah
 Belon Pop Pop
 Puzzle 

 Bukan itu sahaja 

Kami juga menyediakan  
Wakaf Buku 
Little Free Library 

Anda berminat   Ha ! Apa tunggu lagi  Jangan lepaskan peluang untu sertai kami  

 Ingat 16 ingat SKIL 

#KARSIS
#KeArahMemartabatkanIlmu
#SKIL2016/2017

Salam Jumaat :)



Selasa, November 15, 2016

Forum Gema Bahasa 2016




Sekarang sedang berlangsungnya Program Gema Bahasa 2016 . 
Jom ramai-ramai menghadirkan diri bagi memeiahkan lagi majlis ini :)

::KEARAH MEMARTABATKAN ILMU::

Khamis, Oktober 27, 2016

Selamat Bercuti Mahasiswa USIM !




! Selamat Bercuti Pertengahan Semester 1 Sesi 2016/2017 kepada mahasiswa USIM !

Tarikh cuti Pertengahan Semester : 27 OKTOBER - 30 OKTOBER 2016

"Masa hadapan yang cerah bukan sahaja dimiliki oleh orang yang berpendidikan . tapi bagi juga orang yang dididik untuk menggunakan masa lapangnya dengan bijaksana" 
-C.K Brightbill-

Manfaatkanlah masa cuti anda dengan berbakti dan berkhidmat kepada keluarga tersayang .

"Dua nikmat yang sering manusia lupa iaitu nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang" 
(Riwayat Bukhari)


::KE ARAH MEMARTABATKAN ILMU::




Khamis, Oktober 20, 2016

MAKLUMAN WAKTU OPERASI PERPUSTAKAAN USIM SEMPENA CUTI SEMESTER 1





Berikut adalah waktu operasi Perpustakaan mengikut tarikh yang dinyatakan :

Tarikh : 24 Oktober 2016 hingga 30 Oktober 2016

Isnin hingga Jumaat : 8.00 pagi hingga 7.00 petang

Sabtu & Ahad : TUTUP

Perpustakaan akan dibuka seperti biasa bermula 31 Oktober 2016

Sumber : Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia


:: Ke Arah Memartabatkan Ilmu ::
KELAB SAHABAT KEMBARA ILMU


Jumaat, Oktober 07, 2016


1 hari lagi..
Kepada ahli-ahli SKIL yang dikasihi,
Jom kita hadirkan diri beramai-ramai bagi mengetahui segala info berkenaan SKIL dengan lebih lanjut.


Bismillahirrahmanirrahim,
Maafkanlah..
1. Maafkanlah supaya kita diampunkan.
"...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka Allah mengampuni? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (an-Nur:22)
2. Maafkanlah supaya Allah menjadi sayang.
"... dan jika kau maafkan dan kamu santuni serta ampuni mereka, maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (at-Taghabun:14)
3. Maafkanlah supaya kita tidak sama dengan orang bodoh.
"Jadilah pemaaf dan suruhlah orang yang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang yang bodoh." (al-A'raf:199)
4. Maafkanlah kerana orang mulia sentiasa memaafkan.
"Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan mulia," (asy-syura:43)
5. Maafkanlah agar kau termasuk di kalangan orang yang gagah menahan marah.
"...menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain." (Ali-Imran:134)
Sumber:
Novel Islamik dan Motivasi : Berlumba Dengan Ayam
Karya:
Dr. Farhan Hadi Mohd Taib
Ustazah Fatimah Syarha Mohd Nordin

"Ke Arah Memartabatkan Ilmu"
Kelab Sahabat Kembara Ilmu

Khamis, Oktober 06, 2016



Bismillahirrahmanirrahim..
Kehebatan seorang pemimpin bukan terletak pada jawatannya, kehebatan seorang pemimpin ialah apabila dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat, mampu bercampur gaul dengan masyarakat serta memahami dan mendalami kehendak masyarakat.
Gunakan kuasa untuk membantu orang lain. Kita diberi kuasa bukan hanya untuk meraih tujuan peribadi, atau membuat pertunjukkan terbesar di dunia juga bukan hanya untuk mendapatkan nama. Tetapi hanya ada satu kegunaan kuasa yang begitu bernilai iaitu membantu manusia.
Mulakan langkah dengan keazaman yang jitu dan pasakkan dalam diri untuk sentiasa berjasa buat ummah.
Salam Perjuangan !
Hasil nukilan:
Saudara Muhd Anas bin Dollah
Mantan Pengerusi Kelab Sahabat Kembara Ilmu sesi 2014/2015

"Ke Arah Memartabatkan Ilmu"

Selasa, Jun 21, 2016

PROGRAM OPS IKHTILAT



*OPS IKHTILAT*
Firman Allah :
_Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)._
*[Surah Al-Isra' : 32]*
🍁Bersempena bulan Ramadhan yang penuh Barakah, ayuh kita bersama sama kami bagi menjayakan *OPS IKHTILAT* khususnya di *Perpustakaan USIM* dan tempat umum di kawasan sekitar USIM. Saudara saudari, sama samalah kita menjaga perlakuan dan sahsiah di setiap waktu yang kamu ada, kerana bukan manusia sahaja yang melihat tetapi sesungguhnya Allah juga melihatnya.
Kami menyeru kepada semua mahasiswa dan mahasiswi USIM agar menjaga batas pergaulan yang bertepatan dengan syariat Islam yang murni ini .
🍃Ukhuwah itu indah, jika digunakan pada jalan yang tidak syubhah. sungguh mulia Di sisi Allah bagi sesiapa yang menjauhkannya .
Ingatlah !
Janganlah kita cemari kesucian yang penuh barakah pada bulan Ramadan ini dengan kefasadan yang dilakukan. Lakukanlah sebanyak mungkin amalan yang boleh menjadi saksi kepada kita di hari pembalasan kelak. Tingkatkan amalan, tambahkan keilmuan, perbaiki kelemahan.
_Ikhlas dari kami_
*SEKRETARIAT SAHABAT KEMBARA ILMU*
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Jumaat, Jun 10, 2016

IKLAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 2015/2016



Imtihan nihaie kian menghampiri,
Debaran kian terasa,
Oleh itu,

Kami SEKRETARIAT SAHABAT KEMBARA ILMU (SKIL) ingin mengucapkan Bitaufiq Wan Najah kepada semua mahasiswa USIM yang bakal menduduki peperiksaan Akhir bagi Semester 2 2015/2016.
وَِأن لَّيسَ لِلإِنسَان إِلاَّ مَا سَعى (سورة النجم :39
" Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya "
Jangan lupa membawa perkara berikut :
KAD MATRIK
KAD PENGENALAN
SLIP KEMASUKAN PEPERIKSAAN
ALAT TULIS
TELEFON ! dilarang sama sekali dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan
🌻Sesibuk mana kita dengan peperiksaan, Jangan lupa kepada Sang Pencipta . Dekatkan diri kita kepadaNya. Semoga segala daya usaha di Bulan Ramadhan yang mulia ini, diberi ganjaran oleh Allah Subhanahu wa Taala dengan dipermudahakan segala urusan sebelum,semasa dan selepas untuk mengingat dan menjawab soalan- soalan peperiksaan .InshaAllah .
"Ke Arah Memartabatkan Ilmu"

Isnin, Jun 06, 2016

IKLAN JADUAL WAKTU IMSAK & BERBUKA PUASA 2016 /1437H DI NEGERI SEMBILAN (ZON2)



JADUAL WAKTU IMSAK & BERBUKA PUASA 2016 /1437H
 DI NEGERI SEMBILAN

ZON 2 : NILAI,SEREMBAN,PORT DIKSON,K.PILAH,REMBAU & JELEBU



- SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA -