Rabu, Januari 27, 2016

[PENA SISWA]

(1) "Era Perubahan"

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, deruan ombak yang menghempas ke dasar pantai, udara yang dianugerahkanNya sungguh nyaman serta suasana yang riuh-rendah dengan kelibat orang ramai hadir pada waktu petang di tempat ciptaan Tuhan ini.

“ A yah, Ma ma ….. “ si kecil, Fahmi yang comel acah-acah berlari ke arah ibu bapanya lalu dipeluk dan dicium, sungguh terusik bilamana mendengar dua perkataan yang terukir di bibir si kecil comel yang sedang membesar itu membuatkan hati ibu bapanya berasa gembira dan tersentuh akan kehadiran insan yang menyerikan lagi mahligai jannah mereka, InsyaAllah, serta dua perkataan itu jugalah yang acap kali diajar oleh mereka bila bermain dan bermanja dengannya.
“ Sayang!” Isteriku menergahku. Huh, nasib baik la keturunanku tiada yang lemah jantung, hihi. “ Aih termenung jauh nampak, apa yang bermain-main di minda awak, dua tiga hari ni saya perhati awak selalu termenung , awak ada masalah ke? Ceritalah , saya sudi mendengar” kata isteri kepada suaminya.

Bila melihat wajah si comel , Fahmi, aku mahukan yang terbaik untuknya. Aku sayang keluargaku. Ia salah satu amanah dan tanggujawab dari Al-Khaliq buatku. Sebagai ketua dan pemimpin keluarga, aku bertanggungjawab atas mereka. “ Hati abang resah bila melihat keadaan hari ini “ sayup kata si suami kepada isterinya

“ Abang khawatir melihat Fahmi hidup pada keadaan yang pesat bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan hari ini, perubahan hari ni sungguh drastik seolah-olah memberi panahan dan tamparan hebat pada abang, tiap zaman ada cabaran yang tersendiri, zaman pada hari ini lagi mencabar berbanding zaman sebelumnya, bermacam jenis manusia dan perkara yang tak diduga berlaku, abang tidak mahu Fahmi dan generasi baru kini dan akan datang hanyut dengan jentikkan seperti hari ini “ si suami meluahkan apa yang terbuku di benak pemikirannya pada wajah kasih isterinya.
Mengusap belakang si suami, si isteri meredakan hati si suami dengan berkata “ Sayang, pentas lakonan dunia tidak akan habis, keadilan dunia sukar untuk dihakimi melainkan Hari Kiamat, selagimana manusia terus dinoda dalam kelalaian dan kegilaan hari ini. InsyaAllah kita berhanding bahu akan memberi didikan yang terbaik buat Fahmi, kita corakkan Fahmi dengan bimbingan yang terbaik. Ini amanah kita.”
Duhai anak,
Ingat pesanan kami,
Berhati-hatilahlah dengan keadaan disekeliling kau,
Kerna ia terlalu berliku-liku kehidupan hari ini,
Kau masih mentah dalam mengharungi kehidupan,
Jangan kau ketawa besar dan terlalu senang ,
Barangkali ada yang cuba mempermainkan kau tanpa sedar,
Barangkali membuatkan kau terlalu gila akan hal dunia,
Barangkali kau bisa mendabik dada,
Hingga kau hanyut akan dunia yang fana ini,
Moga kau tidak tersungkur dengan agenda-agenda baharu,
Moga Tuhan rahmati dan lindungi kau,
Moga kau berbakti dan menjaga maruah agama, keluarga, bangsa dan negara.


"Minda Kritis, Siswa Kreatif"
SEKRETARIAT SAHABAT KEMBARA ILMU

Selasa, Januari 26, 2016

IKLAN PENA SISWA

📢
 PERHATIAN 


Ada info terbaru buat semua AHLI SKIL secara khususnya ...


✒"PENA SISWA"✒
🍁
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Universiti Sains Islam Malaysia. 

👋

Semoga semua berada dalam keadaan sihat. 
😉
1. Kami dari pihak Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu dengan moto : 
🎉
 "Ke Arah Memartabatkan Ilmu" 
🎉
 ini mengambil inisiatif untuk menubuhkan satu ruangan khusus iaitu

 "PENA SISWA"
📝
2. Selain itu, kami juga berhasrat untuk menjadikan mahasiswa menjadi lebih kreatif dan kritis dalam pemikiran.
3. Platform ini disediakan untuk mahasiswa khususnya bagi mengekspresikan kemahiran yang ada ke dalam bidang penulisan.
4. Ruangan ini akan dipamerkan : 
✔setiap hari SELASA
✔di PAGE FB Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu - SKIL USIM.

5. Jika ada yang berminat, boleh berhubung dengan Saudara Hafizzudin (0147596598) atau boleh hantarkan karya anda ke inbox laman page FB SKIL.
😉👍
🏼 Semoga dengan usaha ini dapat kami menghargai serta mengetengahkan lagi bakat yang terpendam dalam diri mahasiswa selama ini dengan inisiatif wujudnya platform ini.

"Minda Kritis, Siswa Kreatif"
Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu
Univerisiti Sains Islam Malaysia

Page FB : Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu - SKIL USIM

Isnin, Januari 18, 2016

IKLAN ADUAN ATAS TALIAN KEBAJIKAN MAHASISWA USIM


Rentetan isu kebajikan yang hangat diperkatakan kebelakangan ini, kami di pihak Majlis Perwakilan Pelajar USIM telah menyediakan Borang Aduan Atas Talian Kebajikan Mahasiswa/i USIM :http://goo.gl/forms/a33Vwl9KOd

Semua mahasiswa/i USIM digalakkan untuk mengutarakan sebarang aduan & cadangan anda melalui borang aduan ini.

Anda juga boleh berhubung terus dengan kami melalui
 emel : bkksmpp.srcusim@gmail.com , atau 
FB :https://www.facebook.com/MPPUSIM , atau 
hubungi MPP BKKs USIM di talian :
1- Muhammad Zhafir : 011-3702 7720
2- Faridah Hanum : 017-765 1315
3- Amir Harriz : 019-751 0717

Kerjasama daripada pihak anda kami dahului dengan ucapan terima kasih.
"BERSAMA MEMIMPIN PERUBAHAN"
BIRO KEBAJIKAN & KESELAMATAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2015/2016
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

18 JANUARI 2016 | 8 RABIUL AKHIR 1437H

Ahad, Januari 17, 2016

SELAMAT BERCUTI SEMESTER


[Cuti Semester]





Rasulullah SAW bersabda: “Terdapat dua nikmat (Allah) yang kebanyakan manusia sering lupakan, (iaitu) nikmat sihat dan nikmat kelapangan masa.” (Riwayat Bukhari)
Manusia dikurniakan Allah pelbagai nikmat yang tidak terhitung banyaknya dan tidak pernah putus. Nikmat itu diberi Allah secara percuma dan tidak dituntut kepada hamba-Nya membalas segala pemberian-Nya kerana se memangnya manusia tidak akan berupaya berbuat de mikian.

(وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا ۗ إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ)

Allah berfirman: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan-Nya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu.” (Surah an-Nahl, ayat 18)

Manfaatkan masa terluang anda semua di kampung halaman dengan berbakti kepada ibu dan bapa serta masyarakat. Jangan jadikan waktu cuti anda dengan perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah. 

::Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu::

Khamis, Januari 14, 2016

IKLAN WAKTU OPERASI PERPUSTAKAAN USIM

(WAKTU OPERASI PERPUSTAKAAN USIM)

CUTI UMUM 
(Sempena Hari Keputeraan Yng Dipertuan Besar Negeri Sembilan)
14/1/2016 : TUTUP

CUTI SEMESTER 
(16/1/2016-21/2/2016)
Isnin - Jumaat : 8 pagi - 7 petang
Sabtu Ahad : Tutup

::Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu::

Rabu, Januari 13, 2016

PROGRAM SESI SANTAI 434 - SKIL BERSAMA DATO' NC USIM


LIVE UPDATE !
13 JANUARI 2016
CANSELORI USIM

Alhamdulillah telah selesai pertemuan bersama Dato' Musa Ahmad, Naib Canselor USIM untuk berkenalan bersama wakil Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu USIM. Perkenalan ini adalah sebagai satu proses untuk lebih memperkenalkan SKIL kepada Dato' Musa Ahmad dalam usaha untuk membawa gagasan keilmuan dan kepimpinan yang menjadi tonggak misi SKIL pada kali ini.




(يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ)
[Surat Al-Hujurat 13]

Besar tapak tangan, nyiru kami tadahkan dalam membincangkan beberapa skop tugas dan gerak kerja yang lebih tersusun dalam membawa aspirasi SKIL pada sesi perkuliahan akan datang. Insyaallah pembudayaan IQRA' dalam kalangan pelajar USIM akan lebih giat diasah dengan kewujudan satu projek yang utama iaitu Little Free Library yang menjadi satu mercu tanda transformasi dalam menggalakkan budaya membaca di mana sahaja pelajar berada.
Ayuh bersama barisan kepimpinan Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu dalam merealisasikan hasrat USIM dengan misinya untuk "Mengintegrasikan Ilmu Naqli dan Aqli" dalam kalangan mahasiswa USIM khususnya dan amnya kepada masyarakat Malaysia.

"KE ARAH MEMARTABATKAN ILMU"
Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu

Sabtu, Januari 02, 2016

PROGRAM STREET DAKWAH :AMBANG TAHUN BARU 2016


LIVE UPDATE !
31/12/2015
DATARAN NILAI 

Alhamdulillah pada 31 Disember 2015 telah diadakan satu street dakwah mega bersempena ambang tahun baru 2016. Program ini telah dianjurkan dengan kerjasama 12 persatuan di USIM iaitu SPMM, SEKREFAST, SEKREFEM, SPPFPQS, MPP USIM, KPY, DIMAC, TRANSCOMM, PERWADAH, OCSS, ALAM KUIS dan tidak lupa juga Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu (SKIL).

Terima kasih kepada semua mahasiswa/wi USIM dan KUIS yang masih sedar akan pentingnya jasa dan pengorbanan anda dalam gerak kerja dakwah ke lapangan dan Ribuan terima kasih juga kepada semua pihak yang menjayakan program ini secara langsung mahupun tidak langsung termasuklah penduduk Nilai yang membanjiri Dataran Nilai.

(كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ ۚ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ)
[Surat Ali Imran : ayat 110]





Suatu kelainan dan cetusan idea yang baru apabila program ini diisi dengan pelbagai slot dan pengisian antaranya street dakwah di Dataran Nilai dan TESCO Nilai, pengisian oleh Daie Fuad Mokhtar, pengisian oleh saudara Syaqiq (presiden SPMM), saudara Syazwan (wakil mahasiswa KUIS), pengisian oleh PU Abu, halwa telinga oleh kumpulan IN2HEART, bacaan doa ambang tahun baru oleh Imam Masjid Putra Nilai, bacaan doa wehdah dan sebagainya. Situasi yang mampu menggetarkan jiwa, mencengkam sanubari dan perasaan hadirin pada malam tersebut. Terbukti bahawa masyarakat perlukan anak muda yang berani dan sanggup berkorban untuk menterjemahkan ilmu dalam kuliah ke lapangan. Mereka terlalu dahagakan ilmu dan pendekatan yang santai dan penuh dengan ciri-ciri Islamik.

Semoga program ini mampu diadakan lagi pada masa akan datang. Dakwah itu tidak akan sampai jika kita hanya mendiamkan diri. Dakwah itu akan terhenti andai peranan manusia itu tidak disedari. Sebarkan dakwah, semoga mendapat rahmah dan maghfirah dari Allah.
"Ke Arah Memartabatkan Ilmu"
::Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu::