Rabu, Januari 27, 2016

[PENA SISWA]

(1) "Era Perubahan"

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, deruan ombak yang menghempas ke dasar pantai, udara yang dianugerahkanNya sungguh nyaman serta suasana yang riuh-rendah dengan kelibat orang ramai hadir pada waktu petang di tempat ciptaan Tuhan ini.

“ A yah, Ma ma ….. “ si kecil, Fahmi yang comel acah-acah berlari ke arah ibu bapanya lalu dipeluk dan dicium, sungguh terusik bilamana mendengar dua perkataan yang terukir di bibir si kecil comel yang sedang membesar itu membuatkan hati ibu bapanya berasa gembira dan tersentuh akan kehadiran insan yang menyerikan lagi mahligai jannah mereka, InsyaAllah, serta dua perkataan itu jugalah yang acap kali diajar oleh mereka bila bermain dan bermanja dengannya.
“ Sayang!” Isteriku menergahku. Huh, nasib baik la keturunanku tiada yang lemah jantung, hihi. “ Aih termenung jauh nampak, apa yang bermain-main di minda awak, dua tiga hari ni saya perhati awak selalu termenung , awak ada masalah ke? Ceritalah , saya sudi mendengar” kata isteri kepada suaminya.

Bila melihat wajah si comel , Fahmi, aku mahukan yang terbaik untuknya. Aku sayang keluargaku. Ia salah satu amanah dan tanggujawab dari Al-Khaliq buatku. Sebagai ketua dan pemimpin keluarga, aku bertanggungjawab atas mereka. “ Hati abang resah bila melihat keadaan hari ini “ sayup kata si suami kepada isterinya

“ Abang khawatir melihat Fahmi hidup pada keadaan yang pesat bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan hari ini, perubahan hari ni sungguh drastik seolah-olah memberi panahan dan tamparan hebat pada abang, tiap zaman ada cabaran yang tersendiri, zaman pada hari ini lagi mencabar berbanding zaman sebelumnya, bermacam jenis manusia dan perkara yang tak diduga berlaku, abang tidak mahu Fahmi dan generasi baru kini dan akan datang hanyut dengan jentikkan seperti hari ini “ si suami meluahkan apa yang terbuku di benak pemikirannya pada wajah kasih isterinya.
Mengusap belakang si suami, si isteri meredakan hati si suami dengan berkata “ Sayang, pentas lakonan dunia tidak akan habis, keadilan dunia sukar untuk dihakimi melainkan Hari Kiamat, selagimana manusia terus dinoda dalam kelalaian dan kegilaan hari ini. InsyaAllah kita berhanding bahu akan memberi didikan yang terbaik buat Fahmi, kita corakkan Fahmi dengan bimbingan yang terbaik. Ini amanah kita.”
Duhai anak,
Ingat pesanan kami,
Berhati-hatilahlah dengan keadaan disekeliling kau,
Kerna ia terlalu berliku-liku kehidupan hari ini,
Kau masih mentah dalam mengharungi kehidupan,
Jangan kau ketawa besar dan terlalu senang ,
Barangkali ada yang cuba mempermainkan kau tanpa sedar,
Barangkali membuatkan kau terlalu gila akan hal dunia,
Barangkali kau bisa mendabik dada,
Hingga kau hanyut akan dunia yang fana ini,
Moga kau tidak tersungkur dengan agenda-agenda baharu,
Moga Tuhan rahmati dan lindungi kau,
Moga kau berbakti dan menjaga maruah agama, keluarga, bangsa dan negara.


"Minda Kritis, Siswa Kreatif"
SEKRETARIAT SAHABAT KEMBARA ILMU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan