Rabu, Januari 13, 2016

PROGRAM SESI SANTAI 434 - SKIL BERSAMA DATO' NC USIM


LIVE UPDATE !
13 JANUARI 2016
CANSELORI USIM

Alhamdulillah telah selesai pertemuan bersama Dato' Musa Ahmad, Naib Canselor USIM untuk berkenalan bersama wakil Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu USIM. Perkenalan ini adalah sebagai satu proses untuk lebih memperkenalkan SKIL kepada Dato' Musa Ahmad dalam usaha untuk membawa gagasan keilmuan dan kepimpinan yang menjadi tonggak misi SKIL pada kali ini.




(يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ)
[Surat Al-Hujurat 13]

Besar tapak tangan, nyiru kami tadahkan dalam membincangkan beberapa skop tugas dan gerak kerja yang lebih tersusun dalam membawa aspirasi SKIL pada sesi perkuliahan akan datang. Insyaallah pembudayaan IQRA' dalam kalangan pelajar USIM akan lebih giat diasah dengan kewujudan satu projek yang utama iaitu Little Free Library yang menjadi satu mercu tanda transformasi dalam menggalakkan budaya membaca di mana sahaja pelajar berada.
Ayuh bersama barisan kepimpinan Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu dalam merealisasikan hasrat USIM dengan misinya untuk "Mengintegrasikan Ilmu Naqli dan Aqli" dalam kalangan mahasiswa USIM khususnya dan amnya kepada masyarakat Malaysia.

"KE ARAH MEMARTABATKAN ILMU"
Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan