Sabtu, Januari 02, 2016

PROGRAM STREET DAKWAH :AMBANG TAHUN BARU 2016


LIVE UPDATE !
31/12/2015
DATARAN NILAI 

Alhamdulillah pada 31 Disember 2015 telah diadakan satu street dakwah mega bersempena ambang tahun baru 2016. Program ini telah dianjurkan dengan kerjasama 12 persatuan di USIM iaitu SPMM, SEKREFAST, SEKREFEM, SPPFPQS, MPP USIM, KPY, DIMAC, TRANSCOMM, PERWADAH, OCSS, ALAM KUIS dan tidak lupa juga Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu (SKIL).

Terima kasih kepada semua mahasiswa/wi USIM dan KUIS yang masih sedar akan pentingnya jasa dan pengorbanan anda dalam gerak kerja dakwah ke lapangan dan Ribuan terima kasih juga kepada semua pihak yang menjayakan program ini secara langsung mahupun tidak langsung termasuklah penduduk Nilai yang membanjiri Dataran Nilai.

(كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ ۚ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ)
[Surat Ali Imran : ayat 110]





Suatu kelainan dan cetusan idea yang baru apabila program ini diisi dengan pelbagai slot dan pengisian antaranya street dakwah di Dataran Nilai dan TESCO Nilai, pengisian oleh Daie Fuad Mokhtar, pengisian oleh saudara Syaqiq (presiden SPMM), saudara Syazwan (wakil mahasiswa KUIS), pengisian oleh PU Abu, halwa telinga oleh kumpulan IN2HEART, bacaan doa ambang tahun baru oleh Imam Masjid Putra Nilai, bacaan doa wehdah dan sebagainya. Situasi yang mampu menggetarkan jiwa, mencengkam sanubari dan perasaan hadirin pada malam tersebut. Terbukti bahawa masyarakat perlukan anak muda yang berani dan sanggup berkorban untuk menterjemahkan ilmu dalam kuliah ke lapangan. Mereka terlalu dahagakan ilmu dan pendekatan yang santai dan penuh dengan ciri-ciri Islamik.

Semoga program ini mampu diadakan lagi pada masa akan datang. Dakwah itu tidak akan sampai jika kita hanya mendiamkan diri. Dakwah itu akan terhenti andai peranan manusia itu tidak disedari. Sebarkan dakwah, semoga mendapat rahmah dan maghfirah dari Allah.
"Ke Arah Memartabatkan Ilmu"
::Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan