Selasa, Mac 15, 2016




1) KENDURI KAHWIN GAYA NABI

oleh Emran Ahmad
RM 16.00

Sinopsis
Bagaimana mengikut Nabi? Adakah dengan menghidangkan kambing,
kita sudah benar-benar mengikut Nabi? Ataupun apabila kita makan
kurma dan memanggil saudara-mara?
Buku ini ada jawapannya

Isi Kandungan
Pendahuluan: Walimah dan Kenduri Kahwin dalam Islam
Bab 1: Hukum Menghadiri Kenduri Kahwin dan Memenuhi Undangan Perkahwinan
Bab 2: Perkara Sunnah dalam Melaksanakan kenduri Perkahwinan
Bab 3: Amalan Sunnah Sewaktu Menghadiri Kenduri Perkahwinan
Bab 4: Salah Faham Orang melayu Terhadap Tuntutan Kenduri Perkahwinan Dalam Islam
Bab 5: Larangan dan Maksiat Dalam Kenduri Perkahwinan Yang Wajib Ditinggalkan
Bab 6: Penutup & Nasihat
Bab 7: Biodata penulis



2) APA SALAH SYIAH?

oleh Sabarudin Hussein, Mohd fakhruddin Hj. Tajuddin
RM 16.00
Sinopsis
Persoalan berkenaan kebenaran ajaran Syiah kini menjadi polemik yang tidak berkesudahan. Mungkin ada yang sengaja mempersoalkan kesahihannya dengan soalan mudah, “Apa salah Syiah?” Ini kerana, ajaran Syiah kelihatan seolah-olah, tiada perbezaan dengan ajaran Ahli Sunnah wal Sunnah. Namun, mengapa ajaran ini seringkali ditolak, difatwakan sebagai sesat, diharamkan ajarannya, dan dilabel sebagai bukan Islam.
Buku ini tampil dengan menjelaskan segala kekeliruan yang sering bermain di fikiran masyarakat. Buku ini sarat dengan bukti dan fakta, mendedahkan segala kesesatan dan penipuan golongan ektremis ini. Mahu tahu apa salah Syiah? Ayuh! Usah berfikir panjang lagi!   



3) FOTOGRAFI GAYA MUKMIN

RM 17.00

Sinopsis
Buku ini menceritkan tentang bagaimana menjadi juru foto yang beribadah kepada Allah s.w.t.
Kebiasaannya masyarakat hanya tahu juru foto hanya mengambil semata-mata sekeping gambar.
Namun, buku ini merungkai bagaimana sekeping gambar yang diambil oleh juru foto boleh mendekatkan seseorang dengan Tuhannya. 

Fokus pada penulisan ini bukanlah tentang teknikal dalam bidang fotografi. Ia menjurus ke arah perbincangan fikah tentang fotografi dan hukum-hukum bidang ini yang menjadi kemusykilan terhadap segelintir jurufoto-jurufoto Muslim."

Antara topik menarik buku ini:
Betulkah pencipta kamera pertama adalah Muslim?
Bolehkah saya berkhidmat sebagai jurufoto perkahwinan?
Bagaimana sekiranya model itu tidak menutup aurat?
Apakah jenis gambar yang terbaik dalam Islam?
Kenapa perlu menjaga adab ketika mengambil gambar?
"Doh kalu nak nak tahu lebih, kena beli bace la..." 



4) MEMBONGKAR MISTERI 3 MASJID SUCI

RM 35.00

Sinopsis
Pelbagai cerita misteri dan aneh yang disampaikan turun-temurun belum dirungkai
kebenarannya. Misteri yang berlaku di Masjidil Haram,Masjidin Nabawi dan Masjidil Aqsa
antara kisah yang menjadi tumpuan masyarakat dunia. Namun, ia tidak terlepas daripada
pengaruh mitos, kurafat, dan kepercayaan karut yang kadangkala boleh menyebabkan
kesesatan akidah sebagai penganut agama Islam. Apabila mendapat sesuatu berita
seharusnya kita selidiki terlebih dahulu sebelum kita mempercayai dan beriman dengannya.
Sebagaimana yang disebutkan dalam surah Al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud, "Wahai orang
yang beriman, sekiranya datang kepada kamu seorang fasik membawa satu berita, maka selidikilah
(untuk menentukan) kebenarannya."

Buku ini cuba merungkai kebenaran kisah pelik, peristiwa aneh, dan misteri yang menjadi persoalan
masyarakat. Antaranya:

•Mengapakah Kiswah Kaabah Berwarna Hitam?
•Makam Nabi Ibrajim bukan kubur
•Air Zam-zam dapat mengubati Pelbagai Penyakit
•Batu Hajarul Aswad Asalnya Berwarna Putih
•Benarkah Kaabah Mengeluarkan Pancaran Tenaga?
•Benarkah Masjidil Haram adalah Pusat Graviti Bumi?
•Benarkah Wujud Mayat Melekat di Kubah Masjidin Nabawi?
•Video Penampakan Malaikat Mendengar Khutbah di Masjidin Nabawi
•Video Penampakan Malaikat Turun ke Kaabah
•Benarkah wujud Batu Tergantung di Kubah Batu (Dome of The Rock)



5) SOALAN MAUT UNTUK USTAZ

RM 15.00

Sinopsis
"Rajin bertanya, membuka pintu ilmu. Malu bertanya, berkemungkinan sesat jalan."
Buku inspirasi membakar jiwa ini yang bertajuk Soalan Maut untuk Ustaz adalah sebuah buku gabungan Shahrizan Daud At-Turabi dan Ahmad Fedtri Yahya (TV3). Mereka berdua berkongsi pelbagai isu bagi menjawab soalan-soalan yang pedas lagi panas. Antaranya:

"Ustaz, kubur masing-masing. Jangan suka menyibuk hal orang lain."
"Saya bukan tidak mahu bertudung, cuma belum bersedia lagi. Buat apa bertudung sekiranya tidak ikhlas."
"Buat apa solat sekiranya mulut jahat, ustaz. Solat pun kuat bergosip. Solat pun kuat menfitnah."
"Ustaz, saya tidak solat pun kaya juga. Ustaz ada kekayaan macam saya?"
"Saya baru dua kali ponteng solat Jumaat, ustaz. Minggu hadapan saya pergilah."
"Anak dia cacat sebab kesalahan ibu bapa dia. Mesti ada sesuatu yang ibu bapa dia buat sehingga dia menjadi cacat."

Soalan-soalan ini hanya pemanas fikiran. Ada banyak lagi soalan-soalan maut dan membunuh dalam buku ini. Bahkan lebih membunuh dan lebih maut. 



6) THE SUCCESS PRINCIPLES (EDISI BAHASA MELAYU)

oleh Jack Canfield, Janet Switzer
RM 38.00

Sinopsis
“Sekiranya kamu hanya membaca sebuah buku sahaja tahun ini, bacalah buku yang sedang kamu pegang ini.”
- Harvey Mackay, penulis bestseller, Swim with the Sharks Without Being Eaten Alive
Antara prinsip kejayaan dalam buku ini adalah memberi kemaafan dan meneruskan kehidupan tanpa diselubungi dendam. Dendam dan kemarahan kepada kesilapan orang lain hanya melemahkan kuasa dan mengganggu fokus kita membina kejayaan.

Rasa marah itu ibarat meminum racun dan mengharapkan racun itu membunuh musuh kita.”
- Nelson Mandela, Pemenang Hadiah Nobel Keamanan
Buku ini berkongsi cara bagi meningkatkan keyakinan diri, mengatasi cabaran kehidupan, menikmati kehidupan, dan merealisasikan cita-cita tertinggi kita. Terdapat 64 prinsip kejayaan yang terbukti berkesan dan diamalkan oleh tokoh-tokoh dunia sepanjang sejarah ketamadunan dunia.
Prinsip yang dikongsi oleh Jack Canfield ini biasa-biasa sahaja, tetapi hasil yang dapat kita capai memang luar biasa. Dengan mengamalkan prinsip-prinsip kejayaan ini, kita adalah insan biasa yang mampu mencapai kejayaan-kejayaan yang luar biasa. Dapatkan buku ini sekarang, amalkan prinsip-prinsip kejayaan, dan nikmati hidup ini sepuas-puasnya.



7) THE POWER OF NOW

RM 22.00

Sinopsis
Tiada orang yang pernah kenyang dengan hanya melihat makanan dan tidak menyuapkannya ke dalam mulut. Dan tiada orang yang pernah mendapat kepuasan membaca dengan hanya memegang buku ini. The Power of Now, kita perlu membaca buku ini sekarang juga.
- Jangan Bersedih
Hidup kita terlalu singkat untuk bersedih. Kebahagiaan dan kesedihan sentiasa berlumba-lumba antara satu sama lain. Apabila salah satu daripadanya berehat, yang satu lagi akan mengalahkannya. Jangan biarkan hidup kita terisi dengan kesedihan.
- Menikmati Kehidupan
Bangunlah setiap hari dengan penuh teruja mahu menikmati kehidupan pada hari ini. Kemudian, tidurlah dengan penuh kepuasan dan teruja mahu menikmati kehidupan pada esok hari.
- Menikmati Saat Sekarang
Jangan terperangkap dalam kenangan silam dan jangan terlalu risau tentang masa hadapan. Hiduplah dan nikmatilah saat sekarang. Terkenangkan masa silam, kita lemas. Terfikirkan masa depan, kita cemas. Bukankah hari ini adalah emas? Marilah menikmati kehidupan kita pada saat ini. Ya, nikmatilah saat ini.
- Memanfaatkan Hidup
Semalam adalah pengalaman, hari ini adalah kehidupan, dan esok adalah perancangan. Konon-kononnya masih dihantui pengalaman silam, hidup derita siang dan malam. Konon-kononnya sibuk merancang masa depan, terasa diri tiada harapan. Akhirnya, kita lupa betapa indahnya saat ini, betapa bermaknanya hari ini. Mari manfaatkan hidup ini.



8) AYAHKU
oleh HAMKA
RM 26

Sinopsis
Cuma saya harus menjaga satu perkara yang amat penting, iaitu kecintaan anak kepada ayah, sekali-sekali jangan hendaknya saya lupa akan keadilannya, sehingga saya menulis tentang kebaikannya dengan berlebih-lebihan - HAMKA.
 Inilah riwayat hidup Dr. H. Abdul Karim Amrullah, perjuangan dan pengorbanannya menegakkan syiar Islam di Sumatera.


9) IMAM MOHAMED SAID RAMADAN AL-BOUTI DALAM KENANGAN
RM 12.00

Sinopsis
Imam Mohamed Said Ramadan Al-Bouti dalam kenangan adalah himpunan kertas kerja yang ringkas dan padat berkenaan seorang ulama kontenporari yang tiada tandingannya pada zaman ini. Di samping kisah hidup dan latar belakang beliau, buku ini juga cuba mengetengahkan aspek pemikiran beliau yang dilihat kontroversi dan mengundang pelbagai kritikan, sehingga akhirnya dikurniakan syahid kerana dibom ketika sedang mengajar. Semoga Allah merahmati dan mengampuni beliau.
..............................................................................................................................................................
"Penguasaan dalam bahasa Arab yang baik, pidato yang mengesankan jiwa, hujah yang mantap, wajah istidlal daripada dalil dan juga kekuatan Usul Al-Fiqh menjadikan beliau cukup terkenal di bumi Syam.  Beliau mampu mengajar ilmu tasawuf melalui Syarah Hikam yang cukup terkenal. Kajian sirah nabawiyah melalui kitabnya Fiqh As-Sirah melonjakkan namanya ke persada tokoh ulama dunia mutahkhir ini."



10) 24 JAM DIPAYUNGI SYARIAT

oleh Al-Qadhi Abu Syuja’
RM 30.00
Sinopsis

24 Jam Dipayungi Syariat mengupas fikah Islam dalam kehidupan seharian Muslim secara lengkap dan komprehensif. 24 Jam Dipayungi Syariat mengandungi 16 bab, bermula daripada bab versuci sehingga bab jenayah dan muamalat. Buku ini juga dilengkapi dengan dwibahasa Arab-Melayu, warna yang menarik, serta bergambar bagi memudahkan lagi pemahaman. Semoga dengan kehadiran buku ini di pasaran, syariat memayungi hidup kita semua, dan memandu kita ke jalan-nya. Insya Allah. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan