1) MENJADI GOLONGAN DI BAWAH LINDUNGAN ARASY
Author: Ishak Mat Tahir Al-Muadzami /
Category: Pilihan Pembaca
Ada tujuh golongan yang akan dilindungi
Allah pada hari yang tiada perlindungan melainkan dari perlindungan Allah
iaitu:
Imam (pemerintah) yang adil
Pemuda yang menggunakan masa remajanya
untuk beribadat kepada Allah
Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut
kepada masjid
Dua lelaki yang mencintai antara satu
sama lain semata-mata kerana Allah, mereka berkumpul dan berpisah semata-mata
kerana Allah
Lelaki yang digoda oleh wanita
bangsawan yang jelita lalu ia berkata: "Sesungguhnya aku ini takut kepada
Allah"
Lelaki yang memberi sedekah dengan
menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang telah
diberikan oleh tangan kanannya
Lelaki yang mengingati Allah sehingga
berlinangan air matanya
(H.R :Bukhari dan Muslim)
Mahukah kita menjadi golongan di atas?
Pasti semua kita inginkannya. Namun, bagaimana kita berusaha menjadi sebahagian
daripadanya?. Buku cuba mendekatkan anda padanya.
2) KENALI HADIS SAHIH, DHOIF, PALSU (MANARUL MUNIF)
Author: Ibnu Qayyim Al-Jauziah / Category: Pilihan Pembaca
“Al-Manarul Munif Fis Sahih wa Dhoif” adalah antara puluhan buku tulisan Ibnu Qayyim al-Jauziyah (751H) berkaitan cara untuk membezakan hadis sahih dan palsu yang sering diguna pakai.Karya ini ditulis 3 tahun sebelum beliau meninggal dunia. Tanpa melihat kepada rangkaian sanad perawinya, buku ini menjelaskan cara mengenali hadis palsu hanya dengan melihat isi kandungan sahaja.
Contoh-contoh yang diberikan di dalam buku ini menggunakan hadis yang popular dalam kalangan masyarakat kini. Alangkah terkejutnya kita apabila mengetahui hadis yang popular itu sebenarnya palsu! Ibnu Qayyim menjelaskannya satu persatu.
Buku Al-Manarul Munif ini diberi beberapa nilai tambah:
•Dari sudut takhrij daripada kitab-kitab ulama yang lain.
•Ulasan ringkas bagi memudahkan pembaca memahami maksud hadis yang dijelaskan oleh Ibnu Qayyim al-Jauziyah.
•Isi kandungan hadis disertakan dengan bahasa Arab dan terjemahan bahasa Melayu bagi memudahkan rujukan.
Diharapkan dengan kehadiran buku Al-Manarul Munif ini dapat membantu para pendakwah, guru-guru, sertaseluruh umat Islam khususnya,mengenali hadis-hadis palsu sekali gus bertindak menghalang hadis tersebut daripada terus disebarkan.
3) 100 SUNNAH YANG DILUPAKAN
Author: Haifa Abdullah Ar-Rasyid / Category: Pilihan Pembaca
Selain ikhlas, dalam beribadah kepada Allah swt kita diperintahkan untuk berittiba' (mengikuti) sunnah (ajaran) Rasulullah saw. Namun, bila melihat realitinya, umat Islam kini lebih banyak meninggalkannya.
Ada yang meninggalkannya kerana kurang perhatian dan cenderung melupakannya; ada pula mengolok-olokannya, bahkan menghina orang yang mengamalkan serta menghidupkan sunnah Rasulullah saw.
Menghidupkan sunnah Nabi saw ertinya memahami petunjuk beliau.
"...maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khalifah al-Rasyidln al-Mahdiyyin (yang mengetahui kebenaran serta mengikutinya, yang mendapat pimpinan ke jalan yang betul) dan gigitlah kamu dengan geraham gigi kamu." [HR Abu Daud & Tirmizi]
Buku istimewa ini menghuraikan pelbagai sunnah Nabi saw yang makin dilupakan oleh kebanyakkan kaum muslimin; diantaranya masalah taharah, solat, musafir, haji dan umrah serta berbagai adab mulia dan muamalah lainnya.
4) ALLAH IS CALLING : HIMPUNAN KISAH INSAN HEBAT DARI BARAT YANG MENDAPAT HIDAYAH ALLAH DAN MENYEBARKANNYA
Author: Zainudin Hashim / Category: Pilihan Pembaca
Buku Allah is Calling ini mengumpulkan pengalaman hidup 'saudara-saudara kita' yang bertuah kerana menjadi insan terpilih. Kini, demi meraih keredhaan Allah, ketenangan jiwa dan kehidupan yang lebih bermakna, mereka berjuang menyebarluaskan dakwah kepada insan-insan yang masih bergelumang dalam kegelapan. Buku yang padat dengan inspirasi dan sarat dengna motivasi, wajar dimiliki sebagai sumber informasi dan koleksiperibadi.
Buku ini diharap boleh membantu saudara-saudari kita memperkasakan diri mereka dengan Islam agar terus istiqamah atau konsisten sepertimana saudara-saudara mereka dalam kalangan mualaf yang berada di Eropahdan sebagainya.
Paparan dalam buku ini menjawab segala persoalan yang timbul dengan memaparkan cabaran yang dihadapioleh mereka yang memeluk Islam; ada yang diceraikan suami, dibuang keluarga, lebih-lebih lagi ibu bapa, adik-beradik, sahabat handai dan kaum kerabat yang jauh dan dekat.
Ia menunjukkan setiap daripada kita mesti melalui ujian tribulasi yang menjadi ‘Sunnatullah’ atau peraturan Allah di muka bumi kerana Allah berfirman:
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta.” (Al-Ankabut: 2 – 3)
5) MENITI KE SYURGAKU: TRAVELOG PENGHIDAP PENYAKIT MENTAL
Author: Raja Azliza / Category: Pilihan Pembaca
Bipolar II Disorder: adalah nama bagi salah satu penyakit mental atau penyakit jiwa.
Buku ini adalah catatan sebuah harapan bagi penulis. Beliau sudi berkongsi cerita mengenai perjalanan kehidupan sebagai seorang yang berpenyakit mental.
"Aku harus selalu ingat, apa jua ujian yang singgah menerpa adalah untuk menguji sejauh mana tahap kesabaranku. Ianya adalah mungkin selama ini kerana aku terlupa. Kadangkala kita terlalu leka dengan nikmat kurniaan Ilahi. Maka dengan itu, datanglah sedikit ujian untuk menguji tahap keimanan kita. Apabila kita di dalam kesusahan akan terasalah seperti hidup ini terlalu payah dan berbagai persoalan datang menerjah, lalu barulah meminta petunjuk serta hidayah daripada Allah SWT.
Apa yang aku sering lupa adalah untuk tidak berputus asa. Dengan tidak berputus asa kita akan berasa ada rahmat yang tersembunyi di sebalik ujian yang datang. Rahmat yang mungkin kita tidak ketahui dan sedari. Untuk itu, dalam meneruskan untuk mencari mardhatillah (redho Allah), teruslah berdoa pada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. - Raja Azliza"
6) MENGAPA RASULULLAH SAW TIDAK MUDAH SAKIT
Author: Asadullah Al-Faruq / Category: Pilihan Pembaca
Tiada yang menafikan bahawa sihat adalah faktor kejayaan. Bahkan, sihat adalah tiang utama kejayaan itu sendiri. Walaupun ada juga orang yang berjaya dengan mempunyai penyakit, namun orang yang sihat ‘jauh lebih mungkin' untuk melakukan suatu impian yang tidak boleh dilakukan oleh orang sakit. Itulah rahsia sebuah kata-kata hikmah yang berbunyi “Orang sihat boleh mempunyai seratus keinginan, namun orang sakit hanya mempunyai satu keinginan”.
Sihat fizikal semata ‘bukan jaminan' kesejahteraan di muka bumi. Bahkan, sihat fizikal yang tidak diimbangi sihat rohani, sihat sosial dan sihat emosi intelektual nyata membawa malapetaka kehancuran. Firaun, Hitler, Gengis Khan adalah individu yang sihat gagah perkasa namun justeru menjadi magnet kehancuran di muka bumi ini.
Rasulullah telah menunjukkan cara agar ‘Sihat Holistik' untuk kita. Ketika kita tercari-cari ‘nawaitu' mempelajari tiang memperoleh kesihatan maka pintu-pintu kesihatan telah terbuka; dan kita boleh merawat sakit yangacapkali hadir. Ataupun kita dapat meminimakannya. Cara mana yang lebih baik dari cara yang telah diajarkan oleh Rasulullah? Kami yakin, anda orang bijak untuk menuju sihat itu sendiri.
Buku ini juga mendapat sentuhan daripada Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau sempat berkongsi tips kesihatan dan pengalaman beliau merasai sakit yang panjang kepada kita semua.
7) MAHAR BIDADARI DARIPADA TAHAJUDNYA
Author: Abu Muhammad Al-Isfari / Category: Pilihan Pembaca
LANGKAH MUDAH MEMBIASAKAN TAHAJUD DALAM HIDUP ANDA!
Solat Tahajud adalah satu amalan yang mudah dilaksanakan jika mengikut kaedah yang betul. Buku yang diberi judul Mahar Bidadari daripada Tahajudnya mengajak pembaca meraih kemuliaan hidup di dunia dan di akhirat dengan solat tahajud.
Buku ini juga memberi motivasi berterusan kepada pembaca bagi menyempurnakan sasaran 90 hari sebagai jalan untuk beristiqamah menunaikan solat tahajud. Selain itu, buku ini turut menyelitkan kata-kata yang membina keyakinan diri daripada al-Quran dan kisah-kisah orang soleh berkaitan solat tahajud.
Allah berfirman,
"Bangunlah pada sebahagian dalam waktu malam lalu tunaikanlah solat tahajud. Ianya menjadi sunat buat kamu. Semoga Tuhanmu membangkitkan kamu pada kedudukan yang terpuji." (Al-Isra': 79)
8) KEZUHUDAN UMAR ABDUL AZIZ KESEDERHANAAH NIK ABDUL AZIZ
Author: Wan Ji Wan Husin, Saifulamri M.Hussin / Category: Pilihan Pembaca
Ketokohan Umar bin Abdul Aziz amat terserlah di zaman tiga kurun yang terawal. Kejayaan pemerintahan dalam memberikan kebajikan dan keadilan kepada rakyat, menjadi buah mulut bagi setiap yang mengenali beliau, waima dari kalangan bukan Islam sekalipun.
Adapun Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat pula, ketokohan beliau memimpin sebuah parti Islam terbesar di Malaysia (PAS), di samping kejayaan memerintah negeri kelantan, waima mendapat tekanan dan sekatan ekonomi dari kerajaan Malaysia, ternyata pemerintahan berasaskan Islam berjaya memberikan model terbaik kepada sesiapa yang melihatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan