Selasa, Mac 15, 2016

SINOPSIS BUKU-BUKU (MUSTREAD)


1) MANISNYA TAWA & GURAU SENDA RASULULLAH
Himpunan kisah Rasulullah SAW tersenyum
Adab bergurau senda yang sebaiknya
Hidup ini indah apabila ia didasari oleh sunnah Nabi Muhammad SAW. Ikuti konsep bergurau dalam Islam serta bentuk gurauan Rasulullah SAW
Baca 11 kisah Rasulullah menzahirkan senyuman Baginda yang indah dan menawan. 
Ketahui juga had gurau senda itu. Kesan ketawa menurut psikologi, kesihatan dan ibadat. Juga benarkah ketawa berdekah-dekah mematikan hati. 

2) MIX & MATCH

Dia menanggalkan tudung dari gadis itu dan mula menunjukkan caranya. “Kamu sudah pakai awning dan tudung di atasnya. Sekarang tarik dari sebelah kiri yang panjang ke sebelah kanan dan pin pada bawah dagu. Kemudian tarik yang pendek ke bahu kanan dan pin. Adik Nampak apa yang kakak buat?

3) MENYINGKAP TIRAI SYUKUR

Bersyukur merupakan perbuatan yang dituntut oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. Malahan, seluruh makhluk menyenangi orang yang mempunyai sifat mulia ini.

Lantaran itu, timbul dalam jiwa untuk mengamalkan perbuatan ini dalam kehidupan kita. Namun begitu, bagi kita yang masih kurang mengenali secara dekat apa itu syukur. Mungkin tertanya-tanya beberapa soalan seperti di bawah ini:
·       Apakah yang dimaksudkan dengan syukur?
·       Kenapa kita perlu bersyukur?
·       Apakah kesannya jika kita tidak bersyukur?
·       Bagaimana membentuk diri supaya bersyukur?
·       Adakah contoh kisah-kisah orang yang gemar bersyukur?
·       Apakah tanda-tanda orang yang bersyukur?
Insya-Allah, segala persoalan-persoalan di atas bakal dijawab dalam buku yang ringkas ini. Semoga Allah SWT meletakkan kita dalam golongan orang yang bersyukur.
4) KOSONG-KOSONG

Sentuhan hikmah di sebalik kisah kehidupan yang penuh tauladan.
"Kita tidak mahu kehidupan di dunia menjadi kosong dan kehidupan akhirat juga kosong tanpa bekalan"
Beberapa petikan dalam buku.....
Demi kesempatan
"Berapa orangkah mengambil kesempatan solat tahajud setelah terjaga malam untuk ke tandas? Hendak terkencing terus ke tandas. Selepas itu terus tidur walaupun jam sudah pukul lima pagi...."
Ringan tetapi Berat
"Sembahyang cukup ringan tetapi berat untuk melaksankannya, sedangkan puasa cukup berat tetapi ramai dapat menunaikannya. Ibu bapa dapat mengajar anak-anaknya berpuasa, tetapi tidak mengajar anak-anak untuk bersolat."
Saya tidak tahu
"Dalam permasalahan agama, kita dilarang menyembunyikan ilmu. Kita juga dilarang memandai-mandai memberi hukum atau fatwa sekiranya permasalahan itu bukan bidang atau kepakaran kita. Kita perlu merujuk kepada orang yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing."
Benar tetapi Pelik
"Kita mahu masuk syurga, tetapi apabila Allah SWT beri peluang untuk beribadat, kita tidak ambil peluang sebaik mungkin. Pelik bukan?"

 5) PILLOW FIGHT

Suami adalah manusia biasa.
Imannya turun dan naik.
Kadangkala imannya tinggi setinggi Gunung Uhud.
Kadangkala imannya rendah serendah batu di atas tanah.
Isteri jua begitu.
Emosinya tenggelam dan timbul.
Ada ketika manjanya membelai jiwa semanis gula.
Ada ketika rajuknya mengganas persis ribut tropika.

Suami ataupun isteri, masing-masing sering terlupa, rumah tangga adalah wadah untuk berkongsi segala rasa. Perkahwinan itu satu perkongsian, bukan satu persaingan. Andai kita menang pun, apalah gunanya. Kerana kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal dan berteduh di bawah bumbung yang sama.
6) BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH
Kenali dan Cintai Rasulullah. Sebagai umat Islam, menjadi kekesalan yang besar apabila kita jahil akan sirah dan perjuangan Rasulullah SAW, kerana Baginda yang akan memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak. 
Allah SWT memilih Baginda sebagai kekasihNya. Maka sebaik-baiknya kita menjadikan Rasulullah SAW sebagai kekasih agung melebihi segala-galanya.
Moga ilmu yang diperoleh melalui buku ini menjadi bukti kitalah umat Nabi Muhammad SAW yang mahu mendapatkan syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak. 

"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi. Wahai orang-orang yang beriman selawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya." Surah al-Ahzab ayat 56.

1 ulasan:

  1. Prediksi Togel HK Mbah Bonar 28 Januari 2020 Ayo Pasang Angka Keberuntunganmu Disini Gabung sekarang dan Menangkan Hingga Ratusan Juta Rupiah !!!

    BalasPadam