1) SOAL JAWAB A-Z TENTANG TASAWUF TAPI ANDA TIADA TEMPAT UNTUK BERTANYA
S.S. Datuk Dr.
Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Jumlah Muka
Surat : 352
Sinopsis
Hakikat
kehidupan ini ialah pendakian dari tanah yang mendatar menuju ke satu puncak
yang kita namakan sebagai kemuncak hubungan antara seorang hamba dengan
Penciptanya. Ketika di puncak itu, setiap yang lahir dari nafas serta gerak
sendi seseorang semuanya ditujukan hanya semata-mata untuk mendekatkan diri
kepada Allah.
Buku ini
diterbitkan agar kita semua melangkah dalam pencarian dan penyucian diri dengan
bimbingan ilmu yang diolah hasil kefahaman para ilmuwan mengenainya. Coretan
buku ini juga sekurang-kurangnya pembaca dapat mengelakkan diri daripada
tertipu dengan aliran-aliran yang mendakwa bertujuan menyucikan hati, namun
sebenarnya jauh tersasar daripada prinsip-prinsip umum yang telah digariskan
dalam sumber syariat Islam.
2) KENALI
RASUL KITA MUHAMMAD
Ustaz Ahmad Adnan Fadzil
Jumlah Muka Surat : 685
Sinopsis
Buku Kenali Rasul Kita Muhammad merupakan hasil terjemahan
daripada Matan asy-Syamail al-Muhammadiyyah karangan Imam at-Tirmizi. Buku ini
bukan hanya menghimpunkan hadis tentang akhlak dan budi pekerti Nabi Muhammad
SAW, tetapi disertakan juga hadis tentang sifat-sifat fizikal, pakaian,
makanan, minuman, ibadah, pergaulan dan sebagainya yang berkait dengan
kehidupan Baginda secara menyeluruh.
3) MELAKAR
SYURGAWI IDAMAN
Saat Sulaiman
RM28.00
Jumlah Muka Surat : 328
4) DIVA
SOLEHAH
Siti Nur Fatimah Hassan
Mohd Solleh bin Abdul Razak
RM19.00
Jumlah Muka Surat: 240
Sinopsis
Diva Solehah ini ditulis untuk menyuntik kefahaman dan keyakinan
pembaca dalam menentukan imej wanita solehah yang benar-benar mendamaikan hati.
Buku ini juga menarik bagi wanita dalam memilih prinsip imej dan penampilan
Muslimah yang bertepatan dengan syariat Islam.
5) MEMBURU
KEBERKATAN ILMU
Dr. Muhammad Nidzam Abdul Kadir
RM20.00
Jumlah Muka Surat : 208
Sinopsis
Buku yang menjadi tatapan pembaca ini menjadi pilihan yang tepat
bagi menghuraikan persoalan-persoalan sekitar proses mencari dan mendapatkan
ilmu. Buku ini menyajikan kepada anda penerangan konsep dan dasar ilmu dalam
Islam. Mengemukakan kitab-kitab dan rujukan yang sesuai dalam proses mencari
ilmu agama. Memberikan panduan berguna yang berupaya mendidik jiwa agar
mencintai ilmu. Persembahan buku yang ringkas, padat dan menarik. Buku “Memburu
Keberkatan Ilmu” ini sangat sesuai menjadi panduan yang terbaik bagi individu
dalam proses pencarian ilmu agama. Semoga buku ini membawa sebanyak mungkin manfaat
dan pedoman buat kita bersama.
5) ISIS
Syaikh Ali Hasan Al-Halabi
RM28.00
Jumlah Muka Surat: 100
6) MUKMIN
PROFESIONAL
Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
RM55.00
Jumlah Muka Surat: 382
Sinopsis
Diperkuatkan dengan gaya penyampaian yang saintifik dan artistik
yang kini sinonim dengan dunia Barat justeru menyedari bahawa apa sahaja hikmah
(tidak kira dari Timur atau Barat) adalah milik Islam. • Memberi satu kerangka
besar yang tepat dan jelas mengenai kehidupan. Dengannya, insya-Allah ‘jigsaw
puzzle’ kehidupan ini akan terungkai. Hasilnya, para pembaca akan menjalani
hidup ini dengan pasti dan yakin. • Setiap bab dihuraikan secara mudah dan
praktikal. Walaupun subjek-subjek dalam buku ini sangat serius dan ia bukanlah
sesuatu yang popular, namun gaya dan pendekatannya yang mudah dan menarik,
menjadikan buku ini mudah difahami dan dihayati. • Gaya yang menghiburkan,
dinamik, kreatif dan informatif. Cerita, sajak, ilustrasi, metafora dan
kata-kata hikmah yang diselitkan akan membantu pembaca membaca buku ini dengan
serius tetapi santai.
Buku yang akan meneruskan momentum dan kesinambungan usaha
memartabatkan Islam sebagai satu cara hidup di peringkat yang lebih luas dan
menyeluruh. Umat Islam memerlukan ‘personal branding’ (penjenamaan peribadi)
yang mantap dalam perjuangannya memartabatkan kembali keunggulan Islam
sarwajagat. Maka itu Mukmin Profesional adalah ‘personal branding’ yang
diidamkan itu! Insya-Allah.
7) WILAYAH SELAMAT ANAK KITA
RM6.50
Nombor Isu: 4
Jumlah Muka Surat:81
Sinopsis
Perkahwinan ialah ikatan suci kerana dua hati disatukan dengan
kalimah “kerana Allah”. Tahun demi tahun, bahtera perkahwinan yang diketuai oleh
kapten kapal dan pembantu, semakin menambahkan muatan. Semakin ramai penumpang,
bermakna semakin banyak ‘ragam’. Semakin perlunya nakhoda meningkatkan ilmu
juga skil kepimpinan.
Pemimpin ertinya mendidik, melindungi, menyayangi, sanggup
mengorbankan masa dan harta serta memahami. Inilah hakikatnya peranan ibu bapa.
Menjadi ibu bapa bukanlah satu ‘title’ yang melayakkan diri angkuh dalam
kebutaan hati. Bertindak sewenangnya tanpa kasih sayang kepada anak bukanlah
cara orang beriman.
Menyedihkan tatkala dunia semakin maju, kisah haruan makan anak
masih berlaku. Iman semakin nipis. Anak-anak hilang tempat mengadu. Didera ada,
diabaikan juga tidak sedikit kes yang berlaku. Ironinya, jika anak ini
dilahirkan dengan ikatan yang halal, “halal”kah anak itu untuk diperlakukan
sebegitu? Sabda Rasulullah: “Sesiapa yang tidak menyayangi, maka dia tidak akan
disayangi.” (Riwayat al- Bukhari) Amanah menjaga anak ini kadang diuji. Bukan
sedikit yang tersungkur. Namun tidak sedikit juga yang mampu bangkit semula
apabila agama dipasak kuat di dada. Berjayanya sesuatu tamadun bukanlah diukur
dengan tingginya bangunan. Kita tidak mahu bangunan sahaja tinggi tetapi
kesedaran agama dan kemanusiaan semakin “memendek”!
Pembangunan juga tidak akan berterusan jika anak hari ini tidak
dipersiapkan dan diberikan hak untuk membesar dengan baik. Ya, tidak salah
dikatakan institusi kekeluargaan permulaan kepada pembangunan negara. Tidak
salah juga dikatakan masyarakat yang peka membantu ke arah itu.
Naluri untuk mencintai anak kecil ada dalam hati masing-masing.
Kikiskanlah semula karat jahiliah yang sedang menempel di pintu hati. Jika
dahulu apabila Islam tidak sampai pada hati si kafir Quraisy, anak perempuan
ditanam hidup-hidup, adakah setelah agama sampai kepada setiap daripada kita
keadaan yang masih serupa berlaku?
Anak-anak ini harus dibela. Ini bukan sahaja peranan ibu bapa
bahkan
seluruh masyarakat tentunya. Wahai para ibu dan ayah serta
pembaca, saya tinggalkan tulisan ini dengan hadis: “Bukan termasuk golongan
kami orang yang tidak menyayangi anak kecil.” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
Nurul Amirah Abdul Rahim
8) KUINTAI CINTA DI TERATAK CITA CITA
Abdul Hadi Haji Mohamad
RM16.00
Jumlah Muka Surat: 256
Sinopsis
Cinta dan cita-cita adalah alasan terkuat untuk manusia meneruskan
hidup dengan penuh matlamat dan wawasan. Anehnya, dasawarsa ini kita dapat
melihat segelintir remaja dan belia yang gagal menggerakkan kedua aspek ini
dengan bijak. Akibatnya, muncul pelbagai kebejatan sosial dan runtuhnya akhlak
muda-mudi yang lebih mengagungkan cinta bersifat dunia berbanding menggapai
cita-cita yang bermatlamatkan akhirat. Cinta yang bermatlamatkan hawa nafsu
bakal meranapkan segala cita-cita yang telah dibina dengan segenap jiwa.
Sedangkan cinta yang hadir dengan cita-cita positif bakal membuahkan kejayaan
bukan sahaja di dunia malahan lebih indah di akhirat sana.
9) ENSIKLOPEDIA SERANGGA UNTUK KANAK KANAK
Ummu Ammar
RM30.00
Jumlah Muka Surat: 192
Sinopsis
Buku "Ensiklopedia Serangga dalam Al-Quran untuk Kanak-
kanak" ini mengajak kita semua berfikir, bertaddabur dan bersyukur dengan
setiap ciptaan Allah SWT, Rabbulalamin, Tuhan semesta alam. Risalah ini bukan
sahaja mengajak kita berfikir tentang kewujudan Allah SWT, tetapi lebih
daripada itu, berusaha mengajak pembaca menjadi hamba yang patuh akan
suruhanNya. Mungkin dengan mempelajari serta mencontohi sifat dan sikap yang
ada pada serangga itu akan dapat menjadikan kita hamba Allah SWT yang taat dan
patuh.
SALAM
BalasPadamTERIMA KASIH
SAAT SULAIMAN
www.mirafiqa.com