Rabu, Mac 02, 2016

[PENA SISWA]
(4) Di manakah redha hati kita ?


Redha,
Redha itu apa?
Redha itu, Bila kau rasa cukup dengan apa yang kau dapat,
Redha itu, Bila kau mampu kata syukur meski yang diimpi tak ke sampaian,
Redha itu, Bila kau yakin dengan Allah atas apa yang telah dia takdirkan untuk dirimu..
Redha,
Redha itu apa ?
Redha itu ibarat langit mendung tapi kau tetap tersenyum,
Redha itu ibarat kaki kau tempang tapi kau tetap laju menghayun jalan,
Redha itu ibarat termasin dalam masakan tapi kau masih kata sedap di khalayak ramai..
Dan Redha itu,
Bukan semudah ditutur dikata,
“ Aku redha Ya Allah atas sekian perkara ini…”
Dan Redha itu,
Bukan semudah bicara,
“ Aku redha atas segala ketentuan yang Esa..”
Kerana ia Soal Hati,
Yang di mana ada dua yang boleh kuasai,
Sama ada Iman atau Syaitan..
Andai Iman menguasainya,
Mungkin dikau menjadi manusia yang melihat esok sebagai peluang menebus luka,
Andai syaitan menawannya,
Mungkin dikau menjadi manusia yang tidak mahu melihat hari esoknya..
Maka..Di manakah diri kita?

Asma Hamizah Mohamad Ghazali
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan


"Minda Kritis, Siswa Kreatif"
SEKRETARIAT SAHABAT KEMBARA ILMU
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
FB : Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu - SKIL USIM
Blog : skil-usim.blogspot.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan