1) RIYADUS
SOLIHIN ( RM120)
Riyadus Solihin adalah karya agung Imam Nawawi. Kitab ini menghimpunkan
ayat al-Quran dan hadis yang membincangkan topik-topik khusus berkaitan akidah,
ibadah, dan akhlak. Kitab ini mendapat kedudukan tinggi dalam pengajian pada
setiap peringkat ilmu. Kita akan menjelajahi lautan ilmu yang penting.
Keistimewaan kitab ini:
• Bimbingan bagi membentuk peribadi muslim yang baik
• Kupasan setiap topik berdasarkan al-Quran dan sunah
• Siraman kerohanian bagi membangkitkan keinginan mendekatkan diri
kepada Pencipta
• Seruan kegembiraan dan ancaman kedukaan sebagai motivasi dan benteng
dalam kehidupan
• Pengarang kitab ini adalah ulamak agung yang mempunyai ilmu yang
luasdan kefahaman mendalam berkenaan sunah Rasulullah
2) KAEDAH
MERAWAT SUSUK ( RM15)
Buku Kaedah Merawat Susuk ini berkenaan amalan orang zaman
dahulu yang memakai susuk untuk tujuan tertentu.
Susuk adalah amalan kebiasaan orang kita semenjak dari dahulu lagi. Ia
adalah ilmu yang diamalkan yang mempunyai
unsur syirik dan mengandungi unsur makhluk halus. Buku ini diberi
judul Kaedah Merawat Susuk. Ia dapat menjadi pedoman
kepada pembaca supaya sedar dan dapat berfikir dengan waras dan elakkan
daripada amalan syirik.
Kebiasaanya, Orang yang memakai susuk mengalami kesukaran ketika hendak
meninggal dunia. Dalam Al-Quran
ada menyatakan, “Tidak lambat sesaat, atau cepat sesaat.” Apabila
sampai ajal, Allah s.w.t. memberi peringatan kepada orang
yang sihat supaya mengambil iktibar tentang apa yang berlaku kepada
pesakit yang meninggal dunia yang memakai susuk.
3) PROF
MUHAYA’S QUOTES ( RM 14)
#Profmuhaya's Quotes adalah himpunan status
FB terpilih daripada Facebook Prof Muhaya. Status-status ini merangkumi
pelbagai aspek seperti keagamaan, motivasi, kekeluargaan, perhubungan, dan
aspek-aspek lain yang berkaitan dengan kehidupan insan. Setiap status sama ada
yang panjang ataupun pendek, mempunyai nilai inspirasi yang tersendiri dan
hasil daripada cetusan idea Prof Muhaya. Olahan ayat yang mudah difahami dan
ditambah dengan persembahan yang menarik dan berbeza pada setiap muka surat,
pastinya membuatkan pembaca berpuas hati memilikinya. Buku ini sesuai juga
dijadikan hadiah kepada insan tersayang supaya mereka turut mendapat inspirasi
dan aura-aura positif daripada bait-bait status Prof Muhaya, hanya daripada
senua buku bertajuk #Profmuhaya's Quotes.
4) KOMIK TAZKIRAH TOK GURU - TUAN
GURU NIK ABDUL AZIZ ( RM12.90)
Himpunan petikan tazkirah dan kata-kata hikmat Almarhum Tuan Guru Nik
Abdul Aziz yang diadaptasi dan diilustrasikan dalam bentuk komik. Santai dan
menyegarkan.
5) 40 KISAH
PALSU TETAPI MASYHUR (RM20)
Kisah ini bukan sekadar penyedap bicara. Jikalau benarnya tiada, maka
dongeng nilainya lantas hilang hikmahnya. Jikalau kebetulan betulpun dianggap
salah, apatah lagi yang tidak benar terutama berkaitan manusia.
Buku ini wajib dibaca oleh pendakwah, motivator, penceramah, pendidik,
ibubapa, mahupun sesiapa sahaja supaya dapat kita betulkan yang biasa dan
biasakan yang betul.
6) #Sound
Direct (RM20)
“Bangladesh paham, hangpa tak paham.
Hangpa lagi teruk daripada Bangladesh tu.”
“Sebab tu ada orang balik dari umrah ataupun haji,
depa tak solat dah…, sebab dah banyak pahala!
Himpunan tazkirah ringkas dan pedas daripada Ustaz Abdullah Khairi yang
disusun mengikut kategori, iaitu Ibadah, Akhlak, Akidah, dan Muamalah.
Ada pengajaran yang berguna.
7) ATLAS
RASULULLAH S.A.W - HARD COVER (100% BERWARNA) (RM85)
Nabi Muhammad
s.a.w. adalah Nabi terakhir yang diutus oleh Allah s.w.t. bagi menyampaikan
seruan dakwah kepada umat manusia. Ketika membawa panji kebenaran, pelbagai
dugaan dan pancaroba dihadapi Baginda Nabi dan para sahabat.
Sirah
perjalanan agung Rasulullah s.a.w. dicatatkan secara terperinci dalam buku
Atlas Rasulullah s.a.w. ini bagi memberi pengajaran dan pedoman kepada para
pembaca.
Lembaran kisah perjalanan hidup insan agung ini memuatkan:
- Sejarah Kelahiran sehingga Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.
- Peta Perjalanan Dagang Nabi Muhammad s.a.w. ke Bushra sebelum Nabi Diangkat Menjadi Rasul
- Sejarah Nabi Diutus Menjadi Rasul sehingga Peristiwa Hijrah
- Amalan Keagamaan Pada Zaman Jahiliah
- Sejarah Pembangunan Kaabah, Masjidil Haram, dan Masjidin Nabawi
- Bandar-Bandar yang Menjadi Pusat Peradaban Pada Zaman Rasulullah s.a.w.
- Bukti Ilmiah Makkah Berada di Pusat Bumi
- Peta Perjalanan Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dan Kaum Muslimin
- Peperangan yang Dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. dan Beberapa Ekspedisi Perang yang Lain
- Piagam Madinah yang Tersohor
- Nabi Muhammad s.a.w. dan Para Sahabat Menggali Parit semasa Perang Khandaq
- Bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. Mampu Memimpin Lebih daripada 100,000 Kaum Muslimin bagi Melaksanakan Ibadah Haji yang Pertama dalam Sejarah Islam
- Strategi Perang Nabi Muhammad s.a.w. dan Para Sahabat
- Rasulullah s.a.w. Mengajarkan Ayat-Ayat Al-Quran kepada Jin Nasibin
- Strategi Formasi 313 Pasukan Badar dapat Mengalahkan Hampir 1000 Kaum Quraisy
Lembaran kisah perjalanan hidup insan agung ini memuatkan:
- Sejarah Kelahiran sehingga Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.
- Peta Perjalanan Dagang Nabi Muhammad s.a.w. ke Bushra sebelum Nabi Diangkat Menjadi Rasul
- Sejarah Nabi Diutus Menjadi Rasul sehingga Peristiwa Hijrah
- Amalan Keagamaan Pada Zaman Jahiliah
- Sejarah Pembangunan Kaabah, Masjidil Haram, dan Masjidin Nabawi
- Bandar-Bandar yang Menjadi Pusat Peradaban Pada Zaman Rasulullah s.a.w.
- Bukti Ilmiah Makkah Berada di Pusat Bumi
- Peta Perjalanan Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dan Kaum Muslimin
- Peperangan yang Dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. dan Beberapa Ekspedisi Perang yang Lain
- Piagam Madinah yang Tersohor
- Nabi Muhammad s.a.w. dan Para Sahabat Menggali Parit semasa Perang Khandaq
- Bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. Mampu Memimpin Lebih daripada 100,000 Kaum Muslimin bagi Melaksanakan Ibadah Haji yang Pertama dalam Sejarah Islam
- Strategi Perang Nabi Muhammad s.a.w. dan Para Sahabat
- Rasulullah s.a.w. Mengajarkan Ayat-Ayat Al-Quran kepada Jin Nasibin
- Strategi Formasi 313 Pasukan Badar dapat Mengalahkan Hampir 1000 Kaum Quraisy
8) LUQMANUL
HAKIM ADALAH SOCRATES BERKULIT HITAM ( RM40)
Buku ini adalah buku pertama
di dunia yang berjaya membongkar misteri sosok Luqmanul Hakim dalam sejarah.
Daripada kajian yang dijalankan oleh penulis, ternyata Luqmanul Hakim adalah
ahli falsafah Athens, iaitu Socrates (469-366 SM). Tradisi hadith menyatakan
Luqmanul Hakim merupakan lelaki berkulit hitam (keturunan negro) dan bekas
hamba sahaya. Tetapi Socrates yang selama ini dikenal sebagai pencetus atau
bapa falsafah barat, dipercaya berketurunan kulit putih Eropah. Jelas sekali
perkara ini bertentangan dengan fizikal Luqmanul Hakim. Menerusi kaedah
perbandingan Sinkronik-Diakronik, analisis kandungan, analisis bingkai, dan
analisis komponen semantik, Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko menemukan
adanya dua persamaan:
·
Pertama
- Bentuk fizikal Socrates sama 100% dengan Luqmanul Hakim, iaitu berkulit
hitam.
·
Kedua -
Ajaran falsafah Socrates memiliki tematik sama 100% dengan nasihat Luqmanul
Hakim dalam Al-Quran, menerusi surah Luqman.
9) FIQH
JIHAD JILID 1 DAN JILID 2 ( RM 260)
Fiqh Jihad adalah karya terbaru Dr. Yusuf Qaradhawi yang akan membuka
minda dan memberi dan memberi kefahaman kepada masyarakat berkenaan jihad. Buku
ini secara lengkap dan jelas membahas masalah jihad dan isu-isu yang berkaitan
seperti:
·
Hakikat jihad
dalam Islam
·
Hukum perang
antara negara Islam
·
Dasar hubungan
umat Islam dan penganut agama lain
·
Hukum memerangi
rakyat di negara musuh
·
Perbezaan
antara jihad dan pengganas (irhab)
·
Konsep jizyah
dalam Islam dan perkembangan masa kini
·
Batasan dan
hukum memerangi perintah yang zalim
·
Syariat jihad
dalam Islam dan agama lain
·
Hukum bom
berani mati yang menimpa rakyat tempatan
10) AS-SYAMAIL
AL-MUHAMMADIYAH EDISI KEMAS KINI ( RM 55)
Muhammad
Masnur Hamzah
Yang kami lakukan dalam amal sederhana ini, hanyalah:
·
Mentakhrij
ayat al-Qur`an.
·
Mentakhrij
hadis kepada kitab utama hadis dan
kitab hadis lainnya.
·
Menterjemahkan
matan hadis (ma'nawiyan dan harfiyan).
·
Mencantumkan
pendapat Imam at-Tirmidzi dalam kitab Sunan-nya.
·
Memberikan
ulasan/penjelasan bagi memudahkan pemahaman.
·
Memberikan
keterangan bagi lafadz-lafadz gharîb pada hadis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan