[PENA SISWA]
(2) "Mencari Sakinah dalam Islam"
(2) "Mencari Sakinah dalam Islam"
Sahabat,
Ujian dalam kehidupan ini tetap ada sebagai hambaNya, tanpa mengira pangkat, darjat,usia da sejawat dgnnya. Dia menduga hambaNya dalam pelbagai cara dan bentuk ujian, usah mengeluh usah berpaling arah! Kerana tujuan yang sebenarnya adalah Dia ingin melihat HATI-HATI kita ini supaya tetap dan percaya bersamaNYA bukannya dengan mempercayai sesuatu yang boleh meruntuhkan aqidah atau pegangan kita sebagai seorang muslim . Disamping, untuk melihat dimana kekuatan diri kita ini. Kita kena ingat bahawa hidup di dunia bukanlah untuk bersenang lenang tanpa diduga dan diuji. Di sini Allah SWT mahu melihat sejauh mana kecintaan kita dan pergantungan kepadaNya. Hebatkan Allah SWT, ya! Memang Dia hebat dan berkuasa! Tiada dan tak kan ada yang melebihiNya. Dia lebih mengetahui akan hati-hati manusia, kerana Dialah pengawal hati-hati kita semua, setiap sesuatu kesedihan, kebahagiaan, kegembiraan, kedukaan dan pelbagai macam perasaan itu, Allah SWT yang letak dan kawal perasaan kita. Jadi, untuk menenangkan hati kita yang berada dalam keadaan gundah-gulana dan kecewa dek kerana perbuatan manusia yang tidak pernah menang tangan untuk melihat orang lain bahagia atau gembira, kuncinya, kita perlu redha dan sabar kerana suatu masa Allah SWT akan menimpakan ‘ganjaran’ pada mereka. Akhir kata, kembalikan hati itu pada PEMILIKNYA, Insya Allah kita akan dapat ketenangan semula terhadap hati kita.
Hasbunallah Wa Ni’mal Wakil, Ni’mal Maula Wa Ni’man Nashir
“Cukuplah Allah menjadi Penolong bagi kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”
Hasil karya :
Nurul Nabila Binti Mokhtar
FPQS
"Minda Kritis, Siswa Kreatif"
SEKRETARIAT SAHABAT KEMBARA ILMU
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
Blog : skil-usim.blogspot.my
no plus ones
no comments
Tiada ulasan:
Catat Ulasan