Selasa, Mac 15, 2016

SINOPSIS BUKU-BUKU (GALERI ILMU)


1) AKU TERIMA NIKAHNYA (EDISI KHAS)
Buku ini merupakan terjemahan jalur pengalaman penulis dari sebelum berkahwin, kemudian mendirikan rumah tangga, seterusnya mempunyai anak. Amat sesuai dijadikan rujukan bagi pasangan yang belum, sedang dan telah berumah tangga.

2) BIJAK MENGURUS WANG
Bagi kebanyakan manusia, untuk mengumpul wang dalam jumlah yang besar mengambil hampir keseluruhan hidupnya, sedangkan untuk menghabiskannya hanya dalam sekelip mata. BIJAK MENGURUS WANG mengajak kita untuk menjadi lebih bijak dalam menguruskan wang agar apabila tiba hari tua, hidup kita lebih tenteram dan tenang tanpa dibelenggu dengan masalah kewangan.Ditulis dalam gaya santai namun mendalam maksudnya. Panduan jelas mengurus wang diberikan mengikut peringkat umur. Sesuai dijadikan rujukan oleh golongan yang baru memulakan kerjaya dan dijadikan peringatan bagi golongan yang telah berusia.

3) HERO
Hero. Seorang perwira yang muncul dikota raya Angsana semenjak dua tahun yang lalu, bertindak sebagai penjaga kepada kota raya yang dibina oleh sepuluh jutawan Islam. Syaitan bertopeng, satu organisasi penjenayah yang berkuasa dikota raya Angsana menjadi musuh utama Hero. Syaitan Bertopeng terus berjaya dalam gerak kerja mereka. Kini, enam daripada sepuluh jutawan Islam itu telah mati dan Hero percaya bahawa Syaitan Bertopeng bertanggungjawab. Namun, dia tidak mampu mencari bukti dan menyelesaikannya. Ditengah keserabutan jiwanya, muncul satu antagonis misteri yang menggoncangkan lagi suasana, Akuma. Ini menyebabkan Hero makin terhimpit dan perjuangannya dirasakan sia-sia. Konflik bertambah dengan Amir Faheem, identiti sebenar Hero, terpaksa berkahwin dengan Afeefah Husna, seorang perempuan solehah untuk menyelamatkan harta warisan bapanya. Amir Faheem terperangkap kerana dia perokok tegar dan seorang yang tidak mendirikan solat! Apakah Hero mampu menyelamatkan kota raya Angsana yang dibina atas keimanan itu? Apakah dia mampu menyelamatkan jiwanya?

4) A-Z TENTANG SOLAT
Membahaskan serba-serbi tentang solat. Direka dalam bentuk dalamannya yang mesra pembaca dan mudah difahami. Disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda, dan jadual. Gaya bahasa yang mudah, ringkas dan santai. Menggunakan kitab rujukan yang muktabar. Antara kandungan menarik:
• Falsafah Solat
•Tip Khusyuk Solat
• Wudhuk dan Tayamum
• Praktikal Solat Lelaki dan Perempuan
• Solat Berjemaah
• Solat Rukhsah
• Solat Sunat
• Soal Jawab Solat
• Solat Khauf
• Solat Jenazah, dan banyak lagi.

5) EKSKLUSIF SOLAT-SOLAT SUNAT
Solat-solat sunat menghampirkan diri kita kepada Allah SWT. Semakin banyak dilakukan, semakin dekat kita kepada Allah SWT. Ia juga sebagai tanda kesyukuran dan menjadi penampal kepada kekurangan-kekurangan yang ada pada solat fardu. Namun, adakah kita mengetahui sandaran dalil dan sumber solat-solat sunat ini disyariatkan? Bagaimanakah Rasulullah SAW melaksanakan solat-solat sunat ini? Apakah kedudukan solat-solat sunat ini di sisi Islam? Buku Eksklusif Solat-solat Sunat merungkai segala persoalan ini. Buku ini amat membantu masyarakat Islam untuk mengenali amalan-amalan sunat yang disyariatkan oleh Allah dengan sebaik-baiknya. Hadis-hadis yang dipaparkan pada setiap solat sunat yang dibicarakan dalam buku ini berserta paparan rujukannya, mengingatkan kepada pembaca bahawa ibadat yang dilakukan itu ada sandarannya.

6) BUDAK U : LANGKAH PERTAMA
Kisah budak kampung yang masuk universiti, terpaksa berdepan dengan detik-detik awal orientasi dan tempoh menyesuaikan diri.. Hakimi, seorang remaja desa yang buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke university untuk menyambung pengajian dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal. Kejutan budaya menghinggapi budak nakal ini apatah lagi setelah berkawan dengan Joki, seorang pelesit jalanan yang tidak kenal erti gentar. Keterlibatan Hakimi secara aktif sebagai Ketua Skuad Kadet Bomba menyebabkan namanya terkenal sehingga ke kolej siswi. Surat dan nombor panggilan misteri mula menghantui hidupnya. Di sebalik misteri itu, muncul seorang siswi iaitu Citra, pelajar jurusan Perakaunan menghulurkan salam perkenalan. Konfliknya dalam memilih kawan, diuji dengan rasa suka dan jatuh cinta pada perempuan.Juga konflik yang terjadi bahana salah tanggapan. Sangat baik untuk dijadikan bahan bacaan bukan sahaja kepada para remaja, malah buat orang dewasa juga.

7) PERJALANANKU AL-QURAN
“Bagaimana untuk mengingati 30 juzuk?”
Tanpa saya sedari, Allah mengajar saya perlahan-lahan. Allah mahu saya melalui onak dan duri ketika menghafaz agar saya dapat menghargai kurniaan-Nya itu. Semangat saya untuk meneruskan perjuangan (menghabiskan 30 juzuk) semakin kuat. Saya tetap berpegang kepada prinsip saya sewaktu di universiti dahulu, kalau orang lain boleh buat, kenapa saya tidak? (Dr.Mohd Shafie Md Amin)

8) SINERGI
Dua sahabat, Rasyid Zakwan (Asid) dan Irfan Hakimi (Irfan), belajar di University of Yarmouk, Jordan.Ukhuwah mereka memberikan kesan kepada masyarakat sekeliling. Konflik mula timbul dengan kehadiran Sara Nasuha.Konflik ini bukan konflik dengki-mendengki tetapi konflik untuk menjaga kelangsungan ukhuwah itu. Mereka jatuh cinta kepada Sara Nasuha, dan masing-masing tidak pernah meluahkannya.Hinggalah satu hari, Irfan menceritakan rasa hatinya kepada Asid. Asid untuk beralah dalam senyap tetapi cintanya juga amat mendalam membuatkan dia sukar untuk kekal tenang. Lalu ukhuwah mereka berdua terganggu.Sekumpulan pelajar bermasalah – Disaster Five – tidak senang dengan imej bersih Asid dan Irfan. Konflik dua sahabat diambil sebagai peluang keemasan bagi merosakkan ukhuwah mereka.Kes menjadi rumit apabila muncul watak misteri di sebalik kejadian pecah rumah.Tambahan pula Irfan terjebak dalam perangkap...

9) SYARAH SAFINATUN NAJA
Kitab turats feqah Mazhab Syafi'i berbahasa Arab yang terkenal karya Syeikh Salim Sumair al-Hadrami asy-Syafi'i ini diterjemah dan disyarahkan semula dengan bahasa yang lebih moden tanpa menghilangkan keaslian maksud asal kitab dalam bab :
 * Bersuci
* Solat
* Pengurusan Jenazah
* Puasa
* Zakat
* Haji dan Umrah
* Sembelihan

10) KEKELIRUAN UMAT : INILAH JAWAPANNYA
Buku ini adalah himpunan 65 persoalan dan jawapan popular tentang perkara khilafiah yang sering diperdebatkan oleh masyarakat sehingga menimbulkan kekeliruan dalam memahaminya. Dihurai dalam bentuk soal jawab ringkas dan padat untuk lebih mudah difahami dan dihafal berserta dalil-dalil al-Quran, hadis dan juga pendapat ulama yang muktabar. Sesuai dibaca oleh para penuntut ilmu dan masyarakat awam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan