Selasa, Mac 15, 2016

SINOPSIS BUKU-BUKU (KARANGKRAF)



1)  Mr. London Ms. Langkawi
Aidid Mukhlis - Berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya yang bagus. Dari kecil sudah menetap di luar negara membuatkan jiwanya seakan hilang rasa cinta pada kampung halaman. Akhirnya kerana dipaksa, dia pulang juga tanpa rela.
Nurul Liyana - Dia hanya gadis biasa. SPM pun setakat cukup makan. Memang dia dalam kategori bukan pelajar cerdik tapi jiwanya besar. Cintanya pada tanah air cukup menebal. Bila bertemu, mereka sentiasa berlaga angin. Seorang serius bukan main. Yang seorang lagi, nakalnya… Nauzubillah.
"Macamlah bagus sangat Kota London dia tu," ejek Liyana penuh jengkel.
"Memang bagus pun," jawab Aidid dengan nada yang menyakitkan hati.
"Apa yang bagus sangat? Apa yang London ada, Malaysia tak ada? Cer cite… cer cite." Liyana melawan kata-kata Aidid.
"Yang bagusnya, kat London tu tak ada mulut mak nenek macam kau!"
Hmm... asyik bertekak sahaja Mr. London dan Ms. Langkawi ini. Kata orang, perbezaan akan mewujudkan keserasian. Tetapi adakah keserasian akan wujud dalam jiwa Aidid Mukhlis dan Nurul Liyana?

2)  YA! ISLAM ITU MUDAH
Naskhah ini dibawa khusus untuk pembaca sebagai merintis jalan yang sesuai dalam beragama agar matlamat Muslim dan Islam menjadi sebati, di samping agama tidak dipandang hanya kepada solat, puasa, zakat dan haji semata-mata.
Pada masa yang sama juga, agama tidak dipisahkan daripada ibadat khusus sebagaimana yang telah digariskan oleh syariat.

3)  TAJ MAHAL CINTA : TINGGI MENGGAPAI SYURGA
Naskhah ini terbahagi kepada empat bahagian; untuk isteri, anak dan remaja, wanita serta umum.Ia selingkar pengalaman dalam mendepani kehidupan sebagai hamba di muka bumi. Motivasi buat bidadari agar terus berjuang di jalan Ilahi. Juga teguran buat permaisuri agar berjuang menjadi isteri mithali.

4) SAYA CUMA POSMEN  
Ribuan pengalaman Ustaz Ebit Lew sepanjang perjalanan dakwahnya sejak berusia 13 tahun.
Pelbagai jenis manusia yang ditemui.
Masing-masing mengeluh dan menangis ingin keluar dari kegelapan dan kesempitan hidup.
Ada yang mahu mengambil nyawa sendiri kerana sudah putus asa.
Jawapannya… kembali kepada ALLAH.
Kita lupakan jutaan nikmat yang Allah beri sedangkan setiap detik waktu ini adalah amanah dari Allah.

5) BIDADARI DI PINTU FIRDAUSI
Sebuah naskhah yang menjadi inspirasi untuk kita membentuk diri menjadi seorang insan baik dalam kalangan terbaik.
Menghimpunkan beberapa pandangan peribadi yang berkongsi kisah mengenai seorang Jemaah haji yang meninggal dunia di Tanah Suci akibat runtuhan kren.
Disertai nasihat dan peringatan yang mampu membangkitkan semangat untuk menjadi hamba yang disayangi dan dicintai Ilahi. Al-fatihah buat Siti Nuroshlizan Zolkifli.

6) HATIKU NOT FOR SALE
HASEF – “Hati dan perasaan konon! Jangan nak berlakon pulak! Awak memang pandai dalam bab mainkan hati orang ni! Awak dah buat saya simpati pada awak. Sehingga saya jadi bodoh dan terus setuju untuk beli awak!”
Dalam banyak-banyak tempat, Hasef terjumpa gadis itu di kelab dan bodohnya dia kerana simpati terus membeli gadis itu untuk dijadikan isteri. Dia berasa tertipu. Namun, semua tidak boleh diundur lagi. Hasef perlu membayar harga spontannya itu. Mahal pula. Bukan sekadar wang, tapi hati, perasaan dan egonya. Bila dia mengalah, mengapa hatinya pula dilukai?
ZAHRA – “Saya bukan perempuan macam tu. Saya benci jadi perempuan escort. Saya juga benci bila awak beli saya. Dua-dua saya benci. Saya bukan barang untuk dijual. Like I said before I am not for sale!”
Zahra mengharapkan hidup yang lebih baik. Dia meletakkan harapan dan cinta pada lelaki itu, namun mengapa dia merasakan bahawa Hasef tak seperti yang disangka? Mengapa lelaki itu, makin menghiris perasaan dan menginjak harga dirinya? Kalau dia ada kesempatan, dia akan pergi. Pergi jauh supaya lelaki itu tahu, dia bukan perempuan seperti itu!

7) 70 MOTIVASI KEHIDUPAN
A) Kejayaan
B) Kasih sayang
C) Kesihatan
Pilih SATU daripada perkara di atas dan pilihan itu bakal menentukan masa depan anda!
Sukar, bukan? Hakikatnya, hidup tanpa kejayaan samalah seperti hidup tanpa arah tujuan. Hidup tanpa kasih sayang umpama hidup tiada makna. Namun, sejauh manakah makna kehidupan itu andai masalah kesihatan jadi penghalang?
Menyedari betapa besarnya makna kehidupan, maka buku 70 MOTIVASI KEHIDUPAN ini dihasilkan. Bukan untuk memberi kesempurnaan hidup, tetapi sebagai salah satu ‘tiang’ untuk berpaut setiap kali kita hampir tersungkur.
Berasaskan 70 kisah tauladan dari seluruh dunia, 70 Motivasi Kehidupan merungkai nikmat hidup sebenar di sebalik pelbagai halangan yang dialami. Percayalah, semakin payah perjalanan seseorang, semakin manis kejayaan yang bakal dirasai sehingga kita lupa bahawa kita pernah melalui kepayahan itu sebelumnya.
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan berkata; 
“Kami beriman” sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-Ankabut:2)

8) MULUT KATA BENCI
“Aku benci kau, benci keluarga kau! Sampai mati, aku takkan lupa apa yang kau orang buat pada aku.”
Lumat kebencian Jannah Amilia terhadap Arash Luqman. Sedari kecil, dia ditujah dengan penghinaan dan ejekan daripada Arash Luqman sekeluarga. Malah, tubuh kecilnya juga sering diseksa. Pada Jannah, keluarga Arash adalah ahli sihir.
Peristiwa hitam pada malam enam jahanam, memusnahkan hidup Jannah. Semuanya seakan tiada erti lagi. Malang datang bertindih-tindih. Hiduplah Jannah dengan berendam air mata.
Tatkala bahagia menyapa, dugaan semakin hebat mewarnai. Semalam, sang kekasih hulurkan bulan dan bintang. Hati dihiasi sekebun bunga cinta. Esoknya, sang kekasih hadiahkan duka dan lara. Taman hati terus hangus terbakar. Hidup Jannah jadi kosong semula.
Hidup tidak seindah mimpi. Bukan jua secantik lakaran angan. Pun harapan, tetap mekar bersama kesabaran dan ketabahan. Cinta yang satu ini, akan terus menjadi nadi pada sebuah percintaan.

9) BILA HATI BERBICARA
BILA HATI BERBICARA mengisahkan tentang Emir Qasya, seorang jutawan muda yang sedang mencari bakal isteri dan dikelilingi oleh populariti sebagai seorang jutawan muda yang kacak dan berwawasan tinggi. Kisah peribadinya selalu menjadi buruan wartawan. Hidupnya dilanda gosip lir dan selalu dikaitkan dengan model dan perempuan cantik. Sejak dia merwar-warkan ingin mencari calon isteri, hidup peribadinya diintip wartawan setiap saat. Dia amat mementingkan darjat dan keturunan supaya setaraf dengan kedudukannya tetapi akhirnya telah jatuh cinta dengan Tania Katsura di dalam keadaan yang tidak terduga di kawasan setinggan yang diberi nama Lembah Jingga.
Emir merasakan Tania adalah perempuan yang sangat istimewa tetapi hatinya selalu menafikan bahawa dia telah jatuh cinta kerana Tania tidak memenuhi ciri-ciri perempuan yang layak menjadi isterinya. Tetapi akhirnya dia sendiri yang memerangkap Tania dalam perkahwinan kerana cabaran Badri Fathul yang juga menaruh minat terhadap Tania. 

Sesuatu telah terjadi di dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik terhadap Tania kerana tidak dapat memiliki gadis itu. Apakah yang terjadi terhadap perkahwinan mereka dan rasa cemburu kerana sayang dapatkah kembali menyatukan cintanya terhadap Tania?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan